Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kemas Kini iOS 26.4.1 Tersedia Dengan Pembetulan Pepijat

Kemas Kini iOS 26.4.1 Tersedia Dengan Pembetulan Pepijat

Diterbitkan April 9, 2026 · Dikemas kini April 9, 2026 oleh Amalina Athman

Apple hari ini mengeluarkan kemas kini iOS 26.4.1 (23E254) dan iPadOS 26.4.1 untuk pengguna iPhone dan iPad, lebih kurang dua minggu selepas iOS 26.4 dan iPadOS 26.4 dilancarkan.

Menurut Apple, kemas kini ini mengandungi pembetulan pepijat, tetapi tiada perincian lanjut yang dikongsikan. Berdasarkan halaman keselamatan Apple, iOS 26.4.1 dan iPadOS 26.4.1 juga tidak mempunyai sebarang entri CVE yang diterbitkan.

Namun begitu, laporan 9to5Mac menyatakan kemas kini ini sebenarnya membetulkan isu penting berkaitan penyegerakan data iCloud.

Sebelum ini, pembangun mendapati peranti yang menjalankan iOS 26.4 tidak menerima notifikasi perubahan iCloud, sekali gus menjejaskan proses penyegerakan data bagi aplikasi yang menggunakan rangka kerja CloudKit, termasuk aplikasi Passwords oleh Apple.

Kini, isu tersebut telah diperbaiki dalam iOS 26.4.1. Pengguna boleh memasang kemas kini iOS 26.4.1 secara OTA (over-the-air) melalui Settings > General > Software Update > Update Now.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Apple Sahkan WWDC 2026 8 Hingga 12 Jun - Dijangka Dedahkan iOS 27, Perkembangan AI
  • iOS 26.4 Kini Tersedia Dengan Sejumlah Ciri Baharu, Lebih 35 Tampalan Keselamatan
  • Apple Keluarkan iOS 18.7.7 Dengan Tampalan Keselamatan Untuk Eksploit 'DarkSword'

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
  • Permainan Telefon Pintar Cara Unik Jepun Selenggara Tiang Utiliti
  • Windows 11 Kini Lebih Responsif Pada PC RAM 8GB, 'Multitasking' Sehingga 40% Lebih Pantas
  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
  • Binance Dedah Tawaran Temu Duga Kerja Palsu Antara Helah Penggodam Dalam Kecurian Aset Kripto AS$6.34 Bilion
  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
©2026 WISER.MY