Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS 18.7.7_wisermy

Apple Keluarkan iOS 18.7.7 Dengan Tampalan Keselamatan Untuk Eksploit ‘DarkSword’

Diterbitkan April 2, 2026 · Dikemas kini April 2, 2026 oleh Amalina Athman

Apple kini mengeluarkan binaan baharu iOS 18.7.7 (22H340) untuk semua iPhone yang masih menggunakan iOS 18, susulan peningkatan ancaman eksploit dikenali sebagai DarkSword.

Pada awalnya, iOS 18.7.7 (22H333) hanya ditawarkan kepada model lama seperti iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR yang tidak menyokong iOS 26. Ini menyebabkan sebahagian pengguna iPhone lain yang masih kekal pada iOS 18 dan tidak menaik taraf ke iOS 26 terus terdedah kepada risiko keselamatan tersebut.

Dengan keluaran terbaharu ini, Apple kini memperluaskan iOS 18.7.7 (22H340) kepada semua iPhone yang masih menjalankan iOS 18, tanpa mengira sama ada ia menyokong iOS 26 atau tidak.

iOS 18.7.7 darksword_

Menurut laporan Wired, kritikan terhadap kekurangan tampalan backport untuk iOS 18 semakin meningkat dalam tempoh dua minggu lalu, terutama apabila eksploit DarkSword mula digunakan secara meluas oleh kumpulan penggodam untuk pelbagai tujuan daripada pengintipan hingga kecurian mata wang kripto.

Laporan Google Threat Intelligence sebelum ini mendedahkan DarkSword telah digunakan oleh pelbagai kumpulan penggodam untuk menceroboh iPhone pengguna di Malaysia, Arab Saudi, Turki dan Ukraine.

Lanjutan itu, pengguna disarankan untuk mengemas kini iOS 18.7.7 dengan segera, yang boleh dilakukan secara OTA (over-the-air) melalui Settings > General > Software Update > Update Now. Pengguna iPhone yang mengaktifkan kemas kini automatik akan menerima kemas kini iOS 18.7.7 secara automatik.

Selain iPhone, Apple turut mengeluarkan iPadOS 18.7.7 (22H340) untuk tampalan keselamatan yang sama bagi pengguna iPad.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • MCMC: Risiko Keselamatan Dikesan, Pengguna Apple Disaran Kemas Kini iOS Segera
  • Eksploit 'DarkSword' Dilapor Bocor Di GitHub, Risiko Serangan Kini Lebih Meluas

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
  • Permainan Telefon Pintar Cara Unik Jepun Selenggara Tiang Utiliti
  • Windows 11 Kini Lebih Responsif Pada PC RAM 8GB, 'Multitasking' Sehingga 40% Lebih Pantas
  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
  • Binance Dedah Tawaran Temu Duga Kerja Palsu Antara Helah Penggodam Dalam Kecurian Aset Kripto AS$6.34 Bilion
©2026 WISER.MY