Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Maybank Halang Akses Aplikasi MAE Jika Kesan Perisian Hasad

Maybank Halang Akses Aplikasi MAE Jika Kesan Perisian Hasad

Diterbitkan Ogos 12, 2024 ยท Dikemas kini Ogos 12, 2024 oleh Amalina Athman

Maybank kini mengumumkan pelaksanaan ciri keselamatan baharu pada aplikasi MAE, berkuat kuasa 11 Ogos 2024.

Dengan ciri ini, ia secara automatik akan mengesan perisian hasad atau tetapan kebenaran yang berisiko apabila aplikasi MAE dibuka. Ia memerlukan pengguna nyahpasang aplikasi berkaitan untuk meneruskan aktiviti perbankan.

Bagaimanapun, jika pengguna dapati atau percaya aplikasi yang dinyatakan adalah bebas daripada sebarang tetapan berisiko, terdapat pilihan untuk meneruskan aktiviti perbankan dengan risiko yang dinyatakan.

Maybank notifikasi apps_
Maybank notifikasi apps_1

Maybank menjelaskan penambahbaikan ini bertujuan untuk melindungi pengguna daripada transaksi yang tidak sah dan pengalaman perbankan dalam talian.

Ia tidak mengakses, mengumpul, memproses atau menyimpan sebarang maklumat peribadi daripada aplikasi yang dipasang pada peranti melalui ciri ini. Sebaliknya, maklumat perbankan dan data peribadi pengguna kekal sulit dan dilindungi.

Ciri keselamatan baharu ini diperkenalkan kepada semua pengguna aplikasi MAE, secara berperingkat.

Sebelum ini, CIMB Bank turut mengumumkan pelaksanaan ciri keselamatan yang sama untuk aplikasi CIMB OCTO, bermula 27 Jun 2024.

Berkaitan

  • Google Pay Kini Sokong Kad Maybank, Ini Cara Tambah Ke Dalam Peranti
  • Pengguna CIMB OCTO Akan Terima Notifikasi Amaran Jika Benarkan Akses Aplikasi Tertentu
  • Maybank2u Akan Kuat Kuasa Tempoh Bertenang 12 Jam Untuk Peningkatan Had Transaksi
  • Aplikasi Maybank2u Tidak Lagi Boleh Diakses Bermula 28 Ogos

Sumber: Maybank

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY