
Menurut Dorsey, Twitter tidak akan menambah sokongan butang suntingan pada ciapan Twitter. Katanya lagi, mereka bermula sebagai perkhidmatan pesanan teks SMS dan apabila menghantar SMS, pengguna tidak boleh menyuntingnya kembali. Jadi, mereka ingin mengekalkan konsep tersebut.
Di samping itu, beliau sedar bahawa butang suntingan di Twitter akan membantu membetulkan pautan yang salah atau tamat tempoh, kesilapan ejaan dan mengambil kira kemungkinan membenarkan ciapan disunting beberapa minit selepas disiarkan.
Namun, beliau percaya bahawa butang suntingan boleh menyebabkan penyalahgunaan seperti maklumat yang salah. Sebagai contoh, anda mungkin menghantar ciapan di Twitter dan seseorang telah mengulang kicau ciapan tersebut. Kemudian, selepas beberapa jam anda telah menukar kandungan ciapan tersebut dan ini bermakna mereka telah mengulang kicau ciapan yang berbeza dari yang asal.
Walaupun ia sesuatu yang boleh dipertimbangkan, namun menurutnya, mereka mungkin tidak akan melakukannya.
Untuk mengetahui siri soalan lain dalam temubual tersebut, anda boleh menonton video di bawah ini.
[embed]https://www.youtube.com/watch?v=de8wRd2TQQU[/embed]
Sumber: CNET, Youtube
Berkaitan
- Hati-Hati Dengan Panggilan Telefon Menyamar Sebagai Pegawai Jabatan Perlindungan Data Peribadi
- realme V3 Turut Diumumkan, Dijana Cip MediaTek Dimensity 720
- Twitter Sekat Akaun 'Stalk' Jet Peribadi Elon Musk
- Sekatan Aplikasi TikTok Dan WeChat Di Amerika Syarikat Akan Berkuatkuasa 20 September
- Apple Dijangka Akan Perkenal iPad Dengan Skrin Boleh Lipat Pada 2024
- Kemas Kini Tersedia, Ini Sejumlah Ciri Baharu Dalam iOS 16.1
- Kemaskini Terbaru Switch Membenarkan Pengguna Pindahkan Permainan Yang Telah Dimuat Turun Ke Kad SD
- Semua Transaksi CIMB Clicks Perlu Pengesahan SecureTAC Mulai 20 Mei
- OnePlus Buds Turut Diumumkan, Ditawarkan Pada Harga RM399
- Cara Semak Status Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1