Kemaskini Twitter Terbaru Benarkan Pengguna Kawal Siapa Yang Boleh Balas Ciapan

Twitter adalah salah satu platform media sosial yang banyak memberikan info tentang isu semasa dan sebagainya.

Bagi mengurangkan gangguan dan tingkah laku yang tidak baik, Twitter akan memasukkan satu ciri baru pada platform nya. Menerusi kemas kini yang akan datang, platform media sosial tersebut akan membolehkan pengguna menghalang balasan ciapan dari sumber yang tidak diingini.

Ciri baru ini membolehkan anda untuk menghadkan balasan kepada hanya orang yang anda follow, mention dan juga kepada mereka yang termasuk dalam perbualan.



Ciri ini mempunyai empat pilihan iaitu Global, Group, Panel dan Statement.

Global berfungsi untuk membenarkan semua orang menjawab ciapan. Group adalah membenarkan ciapan dijawab oleh akaun yang anda follow atau pengguna yang namanya disertakan dalam ciapan. Panel pula boleh mengehadkan balasan hanya dari pengguna yang namanya disebut pada ciapan asal. Manakala pilihan Statement pula tidak membenarkan langsung sebarang ciapan dibalas.

Sumber : The Verge