Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SPS-keyart-jakarta w logo

Kejohanan MLBB 2025 Akan Berlangsung Di Jakarta April Ini

Diterbitkan Januari 14, 2025 oleh ariff bukhari

Snapdragon Pro Series (SPS), esukan pelbagai judul terbesar di dunia yang dianjur oleh ESL FACEIT Group (EFG) dan Qualcomm Technologies, Inc., hari ini mengumumkan kejohanan Mobile Masters akan berlangsung di Tennis Indoor Stadium Senayan, Jakarta, Indonesia, pada 11 – 13 April.

Mobile Masters akan menyaksikan pasukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) terbaik di dunia bersaing untuk merebut sebahagian daripada
hadiah bernilai sehingga USD $200,000 dan gelaran sebagai juara global pertama SPS MLBB.

Jadual Mobile Masters MLBB 2025:

  • Peringkat Kumpulan: 7 – 9 April
  • Enam pasukan teratas akan mara ke Playoffs dari 11 – 13 April
  • Grand Finals: 13 April 2025.

Mobile Masters MLBB 2025 akan menampilkan 12 pasukan, dengan 10 pasukan yang layak dari Musim ke-6 SPS.

Mobile Challenge Finals peringkat rantau akan berlangsung dari 9 Februari hingga 2 Mac, dan satu tempat diberikan kepada pemenang kelayakan MLBB China MOONTON Games.

Tempat kelayakan terakhir akan diberi kepada Team Liquid ID yang
mewakili negara tuan rumah kejohanan, Indonesia.

Maklumat lanjut mengenai Mobile Masters MLBB 2025 boleh dibaca di laman rasmi Snapdragon Pro Series Mobile Challenge Finals MLBB.

Tiket untuk menyaksikan Playoffs secara langsung akan mula dijual pada 16 Januari, jam 12 tengah hari (waktu tempatan Malaysia, GMT+8), di esl.gg/SPSmasters2025tickets.

Berkaitan

  • Pasukan MLBB Malaysia Juara Dunia Di WEC 2024
  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • ASUS Zenfone 12 Ultra Akan Dilancar Bulan Depan

Sumber:  Siaran media ESL FACEIT Group dan Qualcomm

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Perjelas Larangan Waze Untuk Penjawat Awam - Ini Yang Perlu Diketahui
  • Cara Hidupkan Pengesahan Dua Langkah (2FA) WhatsApp, Langkah Demi Langkah
  • Leica Lancar Kamera Q3 43 Edisi Formula 1, Harga RM40,290
  • Gentari, BYD Kerjasama Bawa Teknologi Flash Charging Ke Malaysia
  • Anthropic Dilapor Rugi AS$80.7 Bilion, AS$72 Bilion Daripadanya Caj Perakaunan
  • Tonton Netflix Dan YouTube Di UK Mungkin Perlu Bayar Lesen TV £180 Setahun
  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
©2026 WISER.MY