Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Zenfone 11 Ultra_

ASUS Zenfone 12 Ultra Akan Dilancar Bulan Depan

Diterbitkan Januari 14, 2025 oleh Amalina Athman

ASUS kini mengesahkan peranti andalan terbarunya, Zenfone 12 Ultra, bakal dilancarkan pada 6 Februari 2025.

Melalui siaran di platform X, ASUS turut memberikan gambaran bahawa peranti itu kelak akan memfokuskan kepada ciri kecerdasan buatan (AI). Secara khusus, ASUS menekankan “era baharu fotografi mudah alih” dengan bantuan AI serta rakaman video 4K dengan kunci fokus.

1, 2, 3… Action! 🎬📸
Zenfone 12 Ultra unlocks the power of AI, so get ready to step into a new era of mobile photography excellence!
Stay tuned for the ultimate upgrade on February 6 at 14:30 (GMT+8). #Zenfone12Ultra #AISnapinStyle pic.twitter.com/tEtOwSaoqU

— ASUS (@ASUS) January 12, 2025

Walaupun tidak banyak yang didedahkan setakat ini, Zenfone 12 Ultra dijangka akan menggunakan cip terkini Qualcomm, Snapdragon 8 Elite. Kemungkinan besar, ia juga akan berkongsi sejumlah DNA yang serupa seperti siri ROG Phone 9, termasuk paparan 6.78-inci AMOLED LTPO dengan resolusi FHD+.

Bagi mengesahkan butiran rasmi mengenainya, nantikan pelancaran tidak lama lagi.

Berkaitan

  • Zenfone 11 Ultra Dilancarkan - DNA ROG Phone 8 Dengan Sedikit Perbezaan
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • Snapdragon 8 Elite Dilancarkan, Cip Terbaru Kuasakan Android Masa Depan
  • Siri ASUS ROG Phone 9 Kini Di Malaysia - Harga Bermula RM3,999

Sumber: ASUS

Gambar utama: ASUS Zenfone 11 Ultra

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY