Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nothing Store India

Kedai Pertama Nothing Di India Rasmi Dibuka

Diterbitkan Februari 16, 2026 oleh ariff bukhari

Nothing telah membuka tirai kedai pertamanya di India, Nothing Store Bengaluru, pada 14 Februari 2026.

Kedai Nothing baharu ini  terletak di Indiranagar, Bengaluru, sebuah hab budaya dan gaya hidup di ibu kota inovasi India.

Berinspirasikan falsafah reka bentuk Nothing, kedai seluas 5,032 kaki persegi dan dua tingkat ini mengambil ilham daripada barisan pemasangan dan bengkel kilang era 70-an.

Ciri-ciri unik termasuklah kawasan studio khas untuk pencipta kandungan dan zon lepak komuniti yang direka untuk interaksi dan acara.

https://x.com/NothingNewsroom/status/2022680643545817504?s=20

Nothing Store Bengaluru merupakan satu-satunya tempat di dunia di mana pelanggan boleh memperibadikan produk Nothing.

Kedai ini akan menjual produk Nothing dan CMF, serta barangan dagangan jenama Nothing, dan akan menjadi pusat komuniti dengan kedai kopi di dalamnya, menganjurkan bengkel dan program budaya.

Pembukaan ini susulan kejayaan kedai pertama mereka di Soho, London, dengan Nothing turut merancang untuk membuka kedai rasmi mereka di New York dan Jepun.

Berkaitan

  • Bukan Gimik, Kualiti Bunyi Huawei FreeClip 2 Ni Betul-Betul Padu
  • Tiada Flagship Tapi Akan Ada Nothing Phone (4a)
  • Starlink Kini Dibenarkan Beroperasi Di Vietnam

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
©2026 WISER.MY