Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tiada Flagship Tapi Akan Ada Nothing Phone (4a)

Tiada Flagship Tapi Akan Ada Nothing Phone (4a)

Diterbitkan Februari 4, 2026 · Dikemas kini Februari 4, 2026 oleh ariff bukhari

Tahun 2025 menjadi titik penting bagi Nothing apabila syarikat ini berjaya mencapai jualan melebihi USD1 bilion dan melancarkan produk flagship iaitu Phone (3) serta Headphone (1).

Walau bagaimanapun, untuk tahun 2026 ini Nothing tidak akan mengeluarkan model  bagi telefon pintar mereka iaitu Phone (4).

Perkara ini telah disahkan oleh a CEO Carl Pei dalam temu bual di YouTube minggu lalu.

Walupun ia akan mengecewakan peminat Nothing yang mengharapkan model flasgship yang dipertingkat, tapi Nothing mengesahkan bahawa mereka akan hadir dengan model pertengahan iaitu Phone (4a) yang akan dilengkapi dengan spesifikasi yang hampir kepada flagship.

Carl Pei  menyatakan bahawa Nothing kini memasuki fasa kedua perjalanan mereka iaitu daripada membina asas kepada memperkukuh jenama dan mempercepat inovasi.

Ini dibuktikan dengan pelantikan Charlie Smith, bekas CMO Loewe, sebagai Ketua Jenama baharu untuk menarik generasi pengguna baharu Nothing.

Selain itu, Nothing juga akan membuka ibu pejabat global baharu di King’s Cross, London pada suku pertama 2026, sebagai permulaan kampus Nothing serta pelancaran kedai kedua mereka di Bengaluru, India pada 14 Februari, dengan cawangan di New York dan Tokyo yang bakal menyusul.

Dari segi produk selain telefon pintar, Nothing juga mengumumkan akan memberi tumpuan besar kepada kategori headphone over-ear.

Nothing Headphone (1) 2
cmf hedphone

Dalam temubual itu juga Carl turut mengulas cabaran industri apabila harga RAM meningkat mendadak akibat permintaan AI.

Menjawab isu itu, beliau menjangkakan kos produk mereka akan turut terkesan dengan kenaikan harga.

Namun Nothing yakin dengan keunikan produk mereka yang akan menjadi kelebihan untuk mereka terus bersaing dalam pasaran yang sengit ini.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Pengguna Nothing Phone Terima Ikon Bateri Baharu
  • Konsol, Aksesori Dan Judul Permainan PS5 Terima Diskaun Sehingga 70%

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
©2026 WISER.MY