Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Karbon Dioksida Kini Boleh Ditukar Menjadi Bateri Elektrik 24 Jam

Karbon Dioksida Kini Boleh Ditukar Menjadi Bateri Elektrik 24 Jam

Diterbitkan Jun 23, 2026 · Dikemas kini Jun 23, 2026 oleh ariff bukhari

Google dan Energy Dome telah menandatangani kontrak komersial pertama mereka untuk projek bateri CO₂ berskala besar di County Offaly, Ireland.

Projek “Bateri CO2” berkapasiti 23MW / 200MWh ini merupakan sebahagian daripada perkongsian jangka panjang kedua-dua syarikat untuk memperluas akses tenaga bersih 24/7 yang selamat dan berpatutan di peringkat global.

Teknologi Bateri CO2 milik Energy Dome ini berfungsi dengan menggunakan kuasa grid untuk memampat dan menyimpan gas CO2.

Apabila tenaga elektrik diperlukan, gas tersebut akan dikembangkan melalui turbin untuk menjana semula kuasa ke dalam grid.

Langkah ini sangat penting bagi Ireland yang menyasarkan 80% penggunaan elektrik daripada sumber boleh baharu menjelang 2030.

Menariknya, bateri ini tidak bergantung kepada litium-ion atau mineral kritikal lain, sebaliknya menggunakan komponen sedia ada di pasaran.

Projek yang bakal beroperasi pada tahun 2028 ini dibina di atas bekas tapak loji janakuasa bahan api gambut, sekali gus memberikan “nyawa kedua” kepada kawasan industri tersebut.

Karbon Dioksida Kini Boleh Ditukar Menjadi Bateri Elektrik 24 Jam
Visual projek Bateri CO2 Energy Dome berhampiran Rhode, County Offaly, Ireland. Lokasi projek ini dibuat di bekas loji kuasa berasaskan gambut.

Selain mengurangkan kesesakan talian penghantaran, projek ini bakal menjadi hab penyimpanan tenaga jangka panjang di Ireland.

Kaedah ini tidak bergantung kepada litium-ion atau mineral kritikal, menjadikannya lebih mampan dan kos efektif.

Selain itu, kerjasama dengan Lumcloon Energy memberi manfaat kepada komuniti setempat melalui peluang pekerjaan dan penggunaan sumber solar serta angin tempatan.

Projek ini dijangka beroperasi menjelang 2028, selepas mendapat kelulusan tanah, sambungan grid, dan kontrak kapasiti 10 tahun daripada EirGrid.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Meta Rancang Pacu Pusat Data AI Guna Cahaya Matahari 24 Jam Dipancar Dari Angkasa
  • 3 Saintis Muda UiTM Terpilih Jalankan Kajian Mikroplastik Di Fasiliti Ternama Di UK

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY