Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
3 Saintis Muda UiTM Terpilih Jalankan Kajian Mikroplastik Di Fasiliti Ternama Di UK

3 Saintis Muda UiTM Terpilih Jalankan Kajian Mikroplastik Di Fasiliti Ternama Di UK

Diterbitkan Jun 22, 2026 · Dikemas kini Jun 22, 2026 oleh ariff bukhari

Tiga penyelidik muda dari Kampus Permatang Pauh, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Pulau Pinang telah mengharumkan nama Malaysia dalam dunia sains apabila dipilih untuk menjalankan eksperimen di ISIS Neutron and Muon Source, United Kingdom.

Projek selama tiga tahun ini memberi tumpuan kepada pembangunan bahan pemangkin untuk memecahkan mikroplastik serta kaedah “upcycling” bagi menukar sisa plastik kepada produk bernilai.

3 Saintis Muda UiTM Terpilih Jalankan Kajian Mikroplastik Di Fasiliti Ternama Di UK
ISIS Neutron and Muon Source, UK), berpangkalan di Makmal Rutherford Appleton (RAL) STFC, di Harwell. Ditubuhkan pada tahun 1946, kampus penyelidikan dan inovasi serba canggih ini kini menempatkan lebih 7,000 saintis, jurutera, usahawan dan juruteknik serta pasukan pakar yang memajukan pengetahuan dan mencari penyelesaian masalah yang kompleks.

Pasukan ini diketuai oleh pensyarah kanan, Ir Ts Mohamed Syazwan Osman bersama dua pelajar PhD, Nur Lina Syahirah Mustapa dan Anis Syuhada Saufi.

Mereka berjaya menembusi proses pemilihan antarabangsa yang ketat, sekali gus membuktikan kemampuan saintis Malaysia bersaing di pentas global.

Dengan menggunakan instrumen neutron canggih LARMOR Small-Angle Neutron Scattering (SANS), mereka bekerjasama rapat dengan saintis UK untuk memahami struktur bahan pada skala atom dan nanometer, yang mana pengetahuan ini penting dalam mereka bentuk bahan pemangkin yang lebih cekap dengan aplikasi yang berpotensi dalam teknologi rawatan mikroplastik masa hadapan.

3 Saintis Muda UiTM Terpilih Jalankan Kajian Mikroplastik Di Fasiliti Ternama Di UK

Kajian ini bukan sahaja menyumbang kepada penyelesaian isu pencemaran mikroplastik yang semakin kritikal, malah membuka peluang kepada Malaysia untuk membina kepakaran sendiri dalam bidang penyelidikan berimpak tinggi.

Selain impak saintifik, kolaborasi ini turut memperkukuh jaringan antarabangsa, pemindahan ilmu serta pembangunan bakat muda.

Ini bukanlah kali pertama universiti awam Malaysia menjalankan kajian di fasiliti ternama ini.

Pada 2025 lalu, sekumpulan penyelidik dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) turut menjalankan kajian di sini di mana mereka telah berjaya menguji bahan salutan geopolimer di Engin-X, kemudahan makmal canggih yang terdapat di ISIS Neutron and Muon Source, UK).

3 Saintis Muda UiTM Terpilih Jalankan Kajian Mikroplastik Di Fasiliti Ternama Di UK
Pasukan penyelidik dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di ISIS Neutron and Muon Source, UK).

Pengujian ini menandakan detik yang inovatif kerana ia merupakan kali pertama bahan geopolimer diuji di Engin-X, yang kebiasannya tertumpu pada bahan berasaskan besi dan aloi.

Kejayaan yang dicapai penyelidik dari universiti Malaysia ini menjadi bukti bahawa kepakaran Malaysia mampu menawarkan penyelesaian mampan, sekali gus mengangkat martabat negara di arena sains dunia.

Berkaitan

  • Elakkan Guna Bekas Plastik Berwarna Hitam, Sukar Dikitar Semula
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Bawa Nama Malaysia Ke Eropah: Bagaimana Dua Jurutera Ini Berjaya Tembusi Industri Automotif Global

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY