Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iphone 15 pro

Kapasiti Bateri iPhone 15 Bertambah, Lebih Besar Sedikit Dari iPhone 14

Diterbitkan September 16, 2023 oleh ariff bukhari

Butiran baharu yang didedahkan dalam pemfailan kawal selia mengatakan bahawa iPhone 15 Pro Pro dan iPhone 15 Pro Max mempunyai bateri yang lebih besar sedikit daripada pendahulunya.

Apple menyatakan bahawa mereka menambah baik hayat bateri dalam iPhone 15 baharunya, tetapi ia tidak pernah mendedahkan sebarang butiran.

Tetapi kini muncul butiran penuh yang mendakwa saiz dan kapasiti bateri iPhone 15 telah dilihat oleh MySmartPrice dalam pemfailan peraturan China.

Screenshot 2023-09-16 at 7.14.07 AM
Screenshot 2023-09-16 at 7.14.19 AM

 

Ura-ura sebelum ini mengatakan bahawa siri iPhone 15 akan mendapat hayat bateri yang lebih baik dengan ketara — dan menggunakan bateri yang tahan lebih lama. Berikut adalah kapasiti bateri iPhone menurut pemfailan tersebut:-

  • iPhone 15: 3,349mAh, 12.981Wh
  • iPhone 15 Plus: 4,383mAh, 16.950Wh
  • iPhone 15 Pro: 3,274mAh, 12.70Wh
  • iPhone 15 Pro Max: 4,422mAh, 17.109Wh

Berikut pula adalah saiz bateri siri iPhone 14 dahulu:-

  • iPhone 14: 3,279mAh
  • iPhone 14 Plus: 4,325mAh
  • iPhone 14 Pro: 3,200mAh
  • iPhone 14 Pro Max: 4,323mAh

iPhone 15 akan mula boleh di pra tempah pada 22 September 2023 dan berada di pasaran bermula 29 September 2023.

Sumber: Apple Insider

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Selain Tambahan RAM, Ini 9 Perbezaan iPhone 15 Pro Max Dengan iPhone 14 Pro Max
  • Lebih Murah, Ini 4 Alternatif Kabel USB-C Berkelajuan 10Gbps Untuk iPhone 15 Pro Max
  • Skor Geekbench Apple A17 Pro Tunjukkan Snapdragon 8 Gen 3 Tak Boleh 'Challenge'
  • Pekerja Apple Dilaporkan Supaya Kunci Mulut Isu Tahap Elektromagnet iPhone 12

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY