Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Walaupun Belum Cukup Meluas, Jualan Telefon 5G Makin Kukuh

Pekerja Apple Dilaporkan Supaya Kunci Mulut Isu Tahap Elektromagnet iPhone 12

Diterbitkan September 15, 2023 · Dikemas kini September 15, 2023 oleh ariff bukhari

Apple Inc., sedang berdepan kontroversi di Perancis mengenai tahap sinaran radiasi yang dihasilkan oleh iPhone 12.

Malah kini Apple dilaporkan telah menasihatkan kakitangan sokongan teknologi mereka untuk tidak mendedahkan sebarang maklumat apabila pengguna bertanya tentang isu tersebut.

Jika pelanggan mereka bertanya tentang dakwaan kerajaan Perancis bahawa model itu melebihi piawaian untuk sinaran elektromagnet, pekerja-pekerja Apple telah diberitahu harus mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai apa-apa untuk dikongsikan.

Kakitangan juga harus menolak permintaan pelanggan untuk memulangkan atau menukar telefon melainkan ia dibeli dalam dua minggu lalu — dasar pemulangan biasa yang diamalkan Apple.

Sebelum ini telah dilaporkan bahawa pihak berkuasa Perancis memerintahkan Apple untuk mengeluarkan iPhone 12 daripada pasaran Perancis mulai 12 September.

Ia selepas Agensi Perancis yang mengawal frekuensi radio, ANFR, mendapati hasil ujian ke atas model iPhone itu mengeluarkan lebih banyak gelombang elektromagnet yang mudah diserap oleh badan daripada yang dibenarkan.

Berkaitan

  • Selain Tambahan RAM, Ini 9 Perbezaan iPhone 15 Pro Max Dengan iPhone 14 Pro Max
  • Perancis Arah Apple Tarik Balik Jualan iPhone 12 Dari Pasaran
  • Skor Geekbench Apple A17 Pro Tunjukkan Snapdragon 8 Gen 3 Tak Boleh 'Challenge'

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY