Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kapal Tentera Laut Tanpa Pemandu Anti Kapal Selam Diperkenalkan

Kapal Tentera Laut Tanpa Pemandu Anti Kapal Selam Diperkenalkan

Diterbitkan April 21, 2026 · Dikemas kini April 21, 2026 oleh ariff bukhari

Saildrone memperkenalkan Spectre, kapal laut tanpa pemandu (USV) terbesar dan terpantas yang direka khusus untuk operasi tentera laut moden.

Dengan panjang 52 meter dan berat 250 tan, Spectre mampu mencapai kelajuan sehingga 30 knot dan mencapai julat perjalanan sejauh 3,280 batu nautika (~6,074 km) di perairan rata.

Ia hadir dalam dua varian: Silent Endurance dengan sistem pendorongan elektrik ultra-senyap untuk misi anti-kapal selam jangka panjang, dan Stealth Strike yang dioptimumkan untuk kelajuan serta serangan kinetik.

Kapal ini boleh membawa muatan lebih 70 tan dengan konfigurasi fleksibel, termasuk pelancar Mk70 VLS dan sonar CAPTAS-4 daripada Lockheed Martin.

Kapal Tentera Laut Tanpa Pemandu Anti Kapal Selam Diperkenalkan

Spectre yang diperbuat daripada aluminium dibangunkan di Wisconsin oleh Fincantieri Marine Group, manakala sayap kompositnya sepanjang 43 meter pula akan dihasilkan oleh American Magic Services (AMS) di Florida.

Kapal pertama ini akan menjalani ujian laut pada awal 2027 yang dijangka akan menjadi barisan hadapan baharu untuk tentera laut Amerika Syarikat dan sekutunya.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • X-59 Hampiri Kelajuan Bunyi Tanpa “Sonic Boom”
  • Roket 98 Meter Jeff Bezos Berjaya Dilancar Guna Penggalak Terpakai 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY