Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kajian Bongkar 77% Kereta Popular Guna Lebih Bahan Api Dari Yang Diiklankan

Kajian Bongkar 77% Kereta Popular Guna Lebih Bahan Api Dari Yang Diiklankan

Diterbitkan Ogos 6, 2025 · Dikemas kini Ogos 6, 2025 oleh ariff bukhari

Ujian baharu oleh Persatuan Automobil Australia (AAA) mendedahkan 25 daripada 30 model kereta terkini didapati menggunakan lebih banyak bahan api daripada apa yang diiklankan mereka.

Malah sesetengah model menunjukkan perbezaan ketara sehingga 33%.

Contohnya, Hyundai Kona Hybrid mencatatkan penggunaan bahan api 33% lebih tinggi dalam ujian jalan raya berbanding keputusan makmal, diikuti oleh Kia Stonic (26%), Hyundai i30 Hybrid (17%), Toyota Fortuner (16%), dan Kia Sportage Hybrid (14%).

Kajian Bongkar 77% Kereta Popular Guna Lebih Bahan Api Dari Yang Diiklankan

Sejak Ogos 2023, AAA telah menguji sejumlah 114 model kenderaan dengan 77% daripadanya gagal mencapai kecekapan bahan api seperti yang diiklankan.

Selain itu, 6 daripada 30 kenderaan terbaru juga didapati mengeluarkan pelepasan toksik melebihi had yang dibenarkan, walaupun lulus ujian makmal.

Kajian Bongkar 77% Kereta Popular Guna Lebih Bahan Api Dari Yang Diiklankan

Program ini dibangunkan selepas skandal pelepasan Volkswagen pada 2015, yang menunjukkan keputusan makmal sering dioptimumkan dan tidak menggambarkan prestasi sebenar di jalan raya.

AAA dalam laporannya berkata, mereka berharap dengan data bebas ini dapat membantu pengguna dan penggubal dasar membuat keputusan lebih tepat,dalam pelaksanaan piawaian baharu kenderaan.

Berkaitan

  • Kenderaan Hibrid Tak Semestinya Jimat Petrol Seperti Disangka - Kajian
  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • (Video) Simulasi Tunjukkan 'Rupa' Kelajuan ISS Ketika Mengorbit Bumi

Sumber: Australian Automobile Association

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • CelcomDigi, Maxis Terima Penganugerahan Spektrum Baharu Daripada MCMC
  • 3 Jam Pintar Bawah RM700
  • JomCharge Rancang Bangunkan 1,000 Stesen Pengecas EV Di Selangor Dalam 2 Tahun
  • Tourism Malaysia Dan Alipay+ Meterai MoU, Lancar Program Subsidi Pelancongan Eksklusif Berkuasa AI
  • Tune Protect Lancar TPXtra, Platform Insurans Dan Gaya Hidup Digital Terbaru
  • PC Anda Berisiko Hilang Akses Windows Update Jika Tidak Dikemas Kini
  • Kerajaan Perinci Pendekatan Baharu Tarif Elektrik Tahun Depan - TPM Fadillah
  • MyDigital ID Rancang Guna Kriptografi Pasca Kuantum - Persediaan Hadapi Ancaman Siber Komputer Kuantum
©2026 WISER.MY