Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
digital bank_

KAF Digital Bank Terima Kelulusan Untuk Beroperasi Di Malaysia

Diterbitkan Januari 13, 2025 · Dikemas kini Januari 13, 2025 oleh Amalina Athman

KAF Digital Berhad kini menerima kelulusan rasmi daripada Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kewangan (MoF) untuk memulakan operasi sebagai bank digital, bermula 20 Disember 2024.

Dalam kenyataannya, konsortium bank digital islamik yang diketuai oleh KAF Investment Bank Berhad bersama Carsome, MoneyMatch, Jirnexu, dan StoreHub berkata kelulusan itu diberikan selepas semakan kesediaan operasi yang menyeluruh dan disahkan baru-baru ini oleh BNM.

Entiti operasi, yang kini dikenali secara rasmi sebagai KAF Digital Bank berhasrat menyediakan infrastruktur perbankan yang kukuh dan berdaya tahan untuk memenuhi kepercayaan serta jangkaan rakyat Malaysia….sambil terus menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan inovatif yang mematuhi prinsip Syariah.

Ketika ini, tiada butiran mengenai pelancaran KAF Digital Bank. Namun, syarikat itu mengatakan bahawa ia akan memulakan fasa ujian alfa kepada kumpulan pengguna terpilih, diikuti fasa beta yang melibatkan kumpulan pengguna lebih luas, sebelum dilancarkan secara rasmi.

Dengan pelancarannya kelak, ia bakal menyertai beberapa bank digital yang telah sedia beroperasi di Malaysia, seperti GX Bank, AEON Bank dan Boost Bank. Sementara YTL-SEA yang menyasarkan pelancaran bank digital pada penghujung 2024, masih belum mencapai sasaran tersebut setakat ini.

Berkaitan

  • GXBank Kini Telah Dibuka Secara Rasmi Untuk Rakyat Malaysia
  • AEON Bank Kini Rasmi - Bank Digital Islam Pertama Di Malaysia
  • YTL-Sea Sasar Lancar Bank Digital Hujung Tahun Ini
  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!

Sumber: KAF Investment Bank Berhad

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY