Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2023-11-30T152150.621

GXBank Kini Telah Dibuka Secara Rasmi Untuk Rakyat Malaysia

Diterbitkan November 30, 2023 oleh Muhd Idham

Pada awal bulan yang lepas, GXBank telah diperkenalkan dan hanya 20,000 ribu pengguna terpilih sahaja berpeluang untuk mencuba aplikasi beta mereka. Kini, aplikasi GXBank telah rasmi untuk kegunaan seluruh rakyat Malaysia.

Seperti yang pernah ditulis dalam artikel Wiser.my sebelum ini, GXBank merupakan bank digital pertama di Malaysia yang semestinya telah diteliti, dinilai dan dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia.

Sehubungan dengan itu, Pei Si Lai, CEO GXBank, menegaskan bahawa hampir 50% daripada 20,000 pengguna terpilih dari seluruh Malaysia didapati menggunakan bank ini untuk kegunaan menabung. Hal ini merupakan salah satu matlamat yang ingin dicapai oleh GXBank.

Tabung kecemasan, cuti dan pelaburan merupakan kategori tabung utama yang dihasilkan oleh pengguna.

Menurut pihak GXBank, mereka akan melancarkan beberapa ciri-ciri tambahan lagi selain daripada yang sedia ada sekarang secara berperingkat seperti kad debit GXBank yang terhasil daripada kerjasama GXBank dan Mastercard.

GXBank Launch – GX Card

Kerjasama mereka ini menawarkan ganjaran pulangan tunai (cashback) sebanyak 1% tanpa had untuk setiap pembelian yang menggunakan kad GXBank, transaksi asing tanpa yuran, pengecualian RM1 untuk MEPS ATM seluruh negara dan 1.5 kali ganda mata GrabRewards untuk perbelanjaan di Jaya Grocer.

Anda kini boleh memuat turun aplikasi GXBank ini melalui laman web rasmi GXBank, Google Play Store dan App Store. Untuk maklumat lanjut mengenai pengurusan berkaitan GXBank, sila layari laman web rasmi GXBank.

Berkaitan

  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • Aplikasi Beta GXBank Diperkenal, Ini Yang Anda Perlu Tahu
  • Sebelum Tebus, Ini Yang Perlu Diketahui Mengenai Kredit e-Tunai eMADANI
  • Redmi K70 Pro Hadir Dengan Edisi Lamborghini Sempena 10 Tahun

Sumber: Siaran Media GXBank

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY