Boost Bank oleh Axiata dan RHB, hari ini mengumumkan aplikasi Boost Bank dilancarkan secara rasmi.
{suggest}
Dilengkapi ciri ’embedded onboarding’, ia membolehkan pengguna Premium Wallet sedia ada membuka akaun bank digital secara embedded melalui aplikasi eDompet Boost.
Bagi pengguna yang membuat deposit minimum sebanyak RM2,000 ke dalam Tabung Simpanan (Savings Jar) dan/atau Akaun Simpanan (Savings Account), Boost Bank menawarkan kadar faedah promosi sehingga 3.6% p.a, bermula 5 Jun hingga 31 Ogos 2024 – tertakluk kepada terma dan syarat.
Selepas tempoh promosi, kadar faedah harian standard Savings Jars adalah sehingga 3.2% p.a. untuk pengguna Platinum President. Pengguna bagi kategori ini juga akan dinaik taraf secara automatik kepada kategori tertinggi di aplikasi eDompet Boost serta menerima sehingga 3X Boost Stars bagi setiap transaksi yang layak, apabila kedua-dua aplikasi dipautkan.
Dari segi perlindungan, setiap deposit di Boost Bank dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga RM250,000. Lain-lain termasuk ciri Freeze Account, Device Binding, serta Cool-Off Period untuk log masuk kali pertama peranti baharu.
Simpanan di aplikasi Boost Bank boleh digunakan untuk melakukan pindahan DuitNow, termasuk kepada aplikasi eDompet Boost, di mana ia boleh digunakan untuk bayaran kod QR dan transaksi dalam talian di seluruh negara.
Bagi yang berminat, aplikasi Boost Bank sudah pun boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan Apple App Store. Tiada yuran atau caj yang dikenakan untuk pembukaan akaun baharu Boost Bank.
Sumber: Siaran Media Boost Bank