Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Digi

Kadar Istimewa ‘Friends and Family’ Bagi Pelanggan Pascabayar Digi Akan Ditamatkan

Diterbitkan September 3, 2024 · Dikemas kini September 3, 2024 oleh ariff bukhari

CelcomDigi memaklumkan bahawa bermula dari 17 September 2024, kadar khas untuk menghubungi atau menghantar SMS ke kawan dan keluarga di bawah senarai Friends and Family anda akan dihentikan.

Semua kadar panggilan dan SMS akan dicaj menurut kadar panggilan dan SMS pelan Digi Postpaid anda.

Pelanggan yang terjejas dengan penamatan ini adalah semua pengguna Digi Postpaid yang telah mendaftarkan nombor kawan dan keluarga mereka dibawah senarai Friends and Family. 

Jadi, berikut adalah jadual kadar panggilan dan SMS berdasarkan pelan prabayar Digi anda.

Penamatan Kadar Khas Friends and Family bagi Pelanggan Pascabayar Digi

CelcomDigi turut memaklumkan, terdapat Pelan Pascabayar lain yang menawarkan kadar panggilan lebih baik kepada para pelanggan yang terjejas iaitu dengan bertukar ke pelan CelcomDigi Postpaid 5G terkini dengan harga serendah RM40/bulan yang menawarkan panggilan tanpa had ke semua rangkaian dan juga internet 5G/4G tanpa had.

celcomdigi Postpaid 5G

Untuk maklumat lanjut pelan CelcomDigi Postpaid 5G, layari https://www.celcomdigi.com/ms/postpaid/se.

Sumber: CelcomDigi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • MCMC Kuat Kuasa Larangan Beberapa Kandungan Dalam SMS
  • CelcomDigi Diiktiraf Sebagai Liputan Rangkaian Mudah Alih Terbaik Di Malaysia

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY