Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kad Touch ‘N Go Baru Berdaya NFC, Boleh Tambah Nilai Guna ‘eWallet’

Kad Touch ‘N Go Baru Berdaya NFC, Boleh Tambah Nilai Guna ‘eWallet’

Diterbitkan April 11, 2022 ยท Dikemas kini Ogos 29, 2022 oleh Nadiah Ab

Touch ‘n Go (TNG) pernah menyatakan akan melancarkan ciri kad TNG baharu yang akan membolehkan tambah nilai melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet.

Walaupun aplikasi itu telah lama dilancarkan, kad fizikal masih digunakan secara meluas untuk pembayaran tol, tempat letak kereta dan pengangkutan awam, dan pengguna masih perlu melakukan tambah nilai secara manual di kiosk fizikal atau di kaunter.

Kini, nampaknya TNG akan melancarkan kad TNG baharu yang didayakan NFC (near-field communication) tak lama lagi apabila empat video berkenaan ini dimuat naik ke saluran YouTube mereka semalam.

touch n go ewallet
Sumber: Soya Cincau

Walau bagaimanapun, video-video tersebut telah dihapus oleh TNG, dipercayai tertiris dengan tidak sengaja.

Menurut laporan dari Low Yat, kad baharu ini dipanggil “Enhanced Touch ‘n Go Card“, dengan rekaan baru serta ikon NFC yang boleh dilihat di penjuru atas kad.

Seperti yang dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Touch ‘n Go Group, Effendy Shahul Hamid sebelum ini, pengguna perlu membeli kad baharu untuk menikmati ciri tambah nilai eWallet ini.

Walaupun dengan adanya kad baharu ini, ia masih mempunyai baki kad fizikalnya sendiri yang berasingan daripada TNG eWallet pengguna.

Berdasarkan video tersebut, pengguna boleh memesan Enhanced Touch ‘n Go Card terus daripada aplikasi TNG eWallet sama seperti memesan Tag RFID.

Kelihatan seperti Kad Enhanced Touch ‘n Go ini berharga RM10 tidak termasuk kos penghantaran.

touch n go ewallet
Sumber: Soya Cincau

Sejurus selepas menerima kad fizikal, pengguna perlu memautkan kad tersebut ke eDompet, membolehkan untuk melihat baki sebenar kad dan melakukan tambah nilai.

Untuk tambah nilai, pengguna perlu lakukannya menggunakan baki eDompet Touch ‘n Go dan letakkan “Enhanced TNG Card” di belakang telefon selama 5 saat.

touch n go ewallet
Sumber: Soya Cincau
touch n go ewallet
Sumber: Soya Cincau

Ciri tambah nilai NFC ini memerlukan telefon pintar berdaya NFC dan video dari TNG menunjukkan bahawa ia boleh berfungsi pada kedua-dua iOS dan Android.

Pada asasnya, telefon pintar pengguna nanti ialah kiosk tambah nilai TNG mudah alih yang pengguna boleh gunakan untuk menambah nilai dengan mudah di mana-mana sahaja tanpa yuran tambahan.

Dalam pada itu juga, syarikat Touch ‘n Go sedang membangunkan kad prabayar Visanya yang dijangka akan tersedia dalam tahun ini.

Sumber: Low Yat

Baca juga:

  • Tuntut ePemula Mulai Sekarang, Belanja Dalam 2 Bulan Sebelum Luput
  • Ini Cara Sumbang Mangsa Banjir Melalui Touch ‘n Go eWallet
  • Cara Pindahkan Kredit e-Dompet TnG Ke Dalam Akaun ShopeePay

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY