Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TnG ke ShopeePay

Cara Pindahkan Kredit e-Dompet TnG Ke Dalam Akaun ShopeePay

Diterbitkan Ogos 11, 2020 · Dikemas kini April 11, 2022 oleh ariff bukhari

Dikemas kini pada 11 April 2022:

Untuk pengetahuan anda, cara yang dikongsikan di sini sudah tidak boleh diaplikasikan lagi. Sila rujuk artikel baharu kami – Bantuan ePemula Tidak Seperti Sebelum Ini, Terhad Pembayaran Kedai Fizikal Sahaja

epemula 150 2

Dah tuntut e-Dompet RM50 anda? Masih ada baki yang belum dibelanjakan? Apa kata anda pindahkan e-Dompet RM50 itu ke dalam akaun ShopeePay anda bagi memudahkan proses pembelian barangan di Shopee.

Di sini dikongsikan cara memindahkan amaun e-Dompet dari aplikasi Touch N Go ke dalam akaun ShopeePay.

1. Buka aplikasi Shopee. Dalam aplikasi Shopee, tap pada ikon Me kemudian tap pada pilihan ShopeePay

shopee 1

2. Kemudian di dalam ShopeePay, pilih ikon Top Up.

shopee 2

3. Seterusnya dalam ShopeePay Top Up, pilih amaun Top Up di bahagian One-time Top Up yang anda mahukan (sebagai contoh di sini adalah RM20).

shopee 3

4. Kemudian, tetapkan tetapan Payment sebagai Cash Payment at 7-Eleven (Kena pilih tetapan tersebut).

shopee 4
Tap pada butang CONFIRM.

5. Selepas pilihan amaun dan tetapan pembayaran ditetapkan, tap pada butang Pay Now.

shopee 5

6. Selepas tap pada Pay Now, anda akan menerima Transaction ID bagi membuat pembayaran di kedai 7-Eleven. Jadi anda perlu ke kedai 7-E yang terdekat dengan anda.

shopee 6

7. Seterusnya di 7-E, tunjukkan kod bar tersebut untuk diimbas bagi melengkapkan proses pembayaran. Kod pembayaran tersebut boleh semula diakses di bahagian ShopeePay dalam aplikasi Shopee anda.

shopee 7

8. Setelah kod bar diimbas, anda maklumkan pada staf kaunter 7-E itu untuk membuat pembayaran tersebut menerusi e-Dompet dari aplikasi Touch N GO.

Jadi, anda buka aplikasi Touch N GO di dalam peranti dan tap pada ikon Pay  bagi melengkapkan proses pembayaran.

TNG 1

9. Kemudian, anda akan menerima Kod QR untuk diimbas oleh staf 7-E. Selepas diimbas, proses pembayaran dari e-Dompet TnG ke akaun ShopeePay anda pun berjaya dilakukan.

TNG 2

10. Bagi memastikan proses pembayaran berjaya dibuat, anda bolehlah semak semula akaun ShopeePay anda.

Shopee 8

Selamat mencuba.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY