Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
epemula

Tuntut ePemula Mulai Sekarang, Belanja Dalam 2 Bulan Sebelum Luput

Diterbitkan April 11, 2022 · Dikemas kini April 11, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Bantuan Kerajaan yang dinamakan ePemula diperuntukkan khas untuk belia berusia 18-20 tahun dan pelajar IPT (SKM4, diploma dan ke atas) secara sepenuh masa tanpa mengira umur.

Empat platform yang anda boleh tuntut ialah BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.

Melalui semakan kami, kesemua aplikasi sudah mengiklankan ePemula dalam aplikasi mereka.

epemula
Shopee

Seperti bantuan sebelum ini juga, anda hanya mendapat RM150 melalui salah satu platform sahaja. Andai kata anda memohon melalui keempat-empat, tiga yang lain akan memaklumkan anda sudah menebusnya melalui satu platform yang berjaya.

epemula
TnG eWallet

Untuk mana-mana platform sekalipun, anda perlu mengesahkan identiti terlebih dahulu dengan memuat baik gambar MyKad dan gambar swafoto. Data akan disemak silang dengan IPT tempatan yang berdaftar dan pangkalan data Kerajaan yang berkenaan.

epemula
Grab

Bigpay daripada Capital A (dulunya Air Asia) pula mengalami masalah untuk diakses. Namun, pada bantuan melalui platform digital sebelum ini, ramai pengguna berasa tidak puas hati memandangkan mereka tidak boleh membelanjakan terus wang diberi Kerajaan.

Hal ini kerana Bigpay memberikannya seolah-olah dalam bentuk rebat di mana pengguna harus membelanjakan wang dalam akaun mereka dahulu sebelum diberi jumlah bantuan.

Tuntut ePemula Mulai Sekarang, Belanja Dalam 2 Bulan Sebelum Luput

Tempoh tuntutan kredit tersebut adalah dari 11 April 2022 sehingga 1 Jun 2022 dan kredit RM150 tersebut boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022 iaitu hanya dalam masa 2 bulan sahaja.

Baca juga:

  • Telefon Ni Memang Sedap Buat ‘Gaming’, ‘Power’ Tapi Harga Mesra Poket
  • 5 Sebab Telefon Ini Paling Berbaloi Untuk Dimiliki
  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY