Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Boleh Tambah Nilai Kad Touch n’ Go Guna eWallet Bermula Hujung Tahun Ini

Boleh Tambah Nilai Kad Touch n’ Go Guna eWallet Bermula Hujung Tahun Ini

Diterbitkan Januari 30, 2021 oleh Helmi Samsuri

Nampaknya keluhan pengguna kad Touch n’ Go didengari syarikat berkenaan dimana dua perkara akan menerima perubahan pada tahun ini. Pertama sekali adalah berkenaan surcaj tempat letak kereta serta tambah nilai kad fizikal menerusi aplikasi TnG eWallet.

Menerusi temuramah dengan akhbar The Star, Ketua Pegawai Eksekutif Touch n’ Go Effendy Shahul Hamid menyatakan bahawa surcaj 10% yang dikenakan pada pengguna tempat letak kereta akan ditamatkan bermula penghujung suku pertama tahun ini. Ia merupakan hasil dari perbincangan TnG bersama-sama pengendali kawasan tempat letak kereta yang terlibat.

Menambah baik lagi sistem tambah nilai sedia ada, beliau turut menyatakan kad fizikal Touch n’ Go boleh ditambah nilai secara terus dari aplikasi TnG eWallet. Kaedah ini akan dijalankan pada penghujung 2021.

Walaubagaimanapun bagi pelaksanaan ini, pengguna mungkin perlu menggunakan kad Touch n’ Go yang khusus dilengkapi dengan kebolehan tambah nilai terus dari aplikasi TnG eWallet.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY