Kad NFC TNG: Pengguna Perlu 'Beratur' Di eWallet Pagi Ini Akibat Permintaan Tinggi

Seperti kami kongsi sebelum ini, TNG eWallet telah kembali membuka jualan kad berdaya NFC mereka pada hari ini, 25 Ogos jam 10 pagi.

Justeru sejak beberapa minit sebelum 10 pagi tepat, mereka yang cuba membeli kad TNG NFC tidak dapat mengaksesnya.



Saya sendiri cuba yekan sahaja butang 'TNG Card', aplikasi akan memaparkan 'Heavy traffic reported' sedangkan pada 9:59 pagi.

Ini pastinya disebabkan permintaan tinggi daripada pengguna seluruh negara.

Bahkan ada juga pengguna berkongsi pada kami dia dia berjaya membeli sebelum jam 10 pagi.

https://twitter.com/frhn_chssn/status/1562629357205856257?s=20&t=21SUosWxhlfG5fkl4rk3KQ

Semalam juga banyak pengguna telah menerima notifikasi daripada aplikasi itu sendiri memberitahu bekalan mereka bersedia untuk dijual pada 10 pagi hari ini.

Buat anda yang masih 'berjuang', teruskan bertahan kerana ramai pengguna yang bersabar dan terus mencuba akhirnya dapat juga menyelesaikan transaksi dalam beberapa minit walaupun awalnya gagal.

Kebiasaannya juga, setiap sesi ini bertahan selama 1 jam setengah sebelum stoknya habis semula. Namun, disebabkan permintaan terlalu tinggi pagi ini, mungkin masanya lebih singkat.

{suggest}

Jika ramai yang putus asa akibat 'Heavy traffic reported', boleh jadi ia masih bertahan pada tempoh biasa iaitu sejam setengah.

Jika anda mahu membelinya di stesen minyak terdekat, boleh baca artikel INI untuk ketahui caranya.

Bilakah kad ini akan dijual semula di TNG eWallet? Selalunya setiap 2 minggu. Jadi, anda boleh bersedia pada 8 September 2022 jika mereka masih mengekalkan jadual sama.