Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bandwidth-Comparison HDMI

Kabel HDMI Paling Laju Dalam Sejarah Akan Dipamerkan Di CES 2026

Diterbitkan Disember 18, 2025 · Dikemas kini Disember 18, 2025 oleh ariff bukhari

HDMI 2.2 bakal mencipta sejarah apabila kabel prototaip “Ultra96” dilaporkan akan diperkenalkan di pameran elektronik CES 2026 akan datang.

Kabel ini dikatakan mampu menawarkan kelajuan maksimum sehingga 96Gbps, menjadikannya sambungan video dan audio paling berkuasa dalam satu kabel.

Menjadikan ia sebagai kabel HDMI paling pantas dalam sejarah mengatasi HDMI 2.1 dan DisplayPort 2.1, sekali gus membuka peluang kepada paparan moden dengan resolusi serta kadar segar semula yang lebih tinggi.

HDMI 2.2 Akan Tiba Tahun Ini, Tawar ‘Bandwith’ Setinggi 96Gbps Untuk Video Dan Audio Berkualiti Tinggi

Walaupun masih berstatus prototaip dan belum disahkan di pusat ujian rasmi HDMI Forum, Ultra96 dijangka menyokong resolusi sehingga 10K dan kadar segar semula sehingga 500Hz untuk resolusi rendah.

Dengan teknologi Display Stream Compression (DSC), pengguna akan boleh menikmati 4K pada 500Hz atau 8K sehingga 240Hz. Tanpa DSC pula, kabel ini masih mampu mengendalikan resolusi paparan 4K pada kadar segar 240Hz dan 8K 60Hz.

Bagi komuniti permainan PC pula, HDMI 2.2 menjanjikan pengalaman ekstrem, namun cabaran sebenar ialah sejauh mana kemampuan perkakasan grafik mampu menampung kelajuan luar biasa ini.

Berkaitan

  • HDMI 2.2 Sokong Resolusi 16K@60Hz, Ini Spesifikasi Lain
  • 5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar
  • Malaysia Ada Dua Rangkaian 5G Tapi Prestasi Menurun, Apa Puncanya?

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY