Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HDMI 2.2 Sokong Resolusi 16K@60Hz, Ini Spesifikasi Lain

HDMI 2.2 Sokong Resolusi 16K@60Hz, Ini Spesifikasi Lain

Diterbitkan Jun 26, 2025 · Dikemas kini Jun 26, 2025 oleh ariff bukhari

HDMI Forum telah melancarkan Spesifikasi HDMI Versi 2.2 yang menawarkan kelebaran jalur (bandwidth) sehingga 96Gbps dan menyokong teknologi terkini Fixed Rate Link (FRL) untuk prestasi audio visual yang lebih tinggi dan lancar.

Spesifikasi baharu ini menyokong resolusi ultra tinggi seperti 12K@120Hz dan 16K@60Hz, serta format video tanpa mampatan seperti 8K@60/4:4:4 dan 4K@240/4:4:4 dengan warna 10-bit dan 12-bit.

Bandwidth-Comparison HDMI

Ciri baharu Latency Indication Protocol (LIP) turut diperkenalkan bagi meningkatkan penyegerakan audio-video, terutamanya dalam sistem berbilang peranti seperti bar audio atau penerima AV.

HDMI 2.2 Sokong Resolusi 16K@60Hz, Ini Spesifikasi Lain
HDMI 2.2 Sokong Resolusi 16K@60Hz, Ini Spesifikasi Lain

 

HDMI 2.2 juga memperkenalkan ciri “Ultra96” untuk memudahkan pengguna mengenal pasti produk yang menyokong bandwidth maksimum 64Gbps, 80Gbps atau 96Gbps.

Kabel Ultra96 HDMI® diwajibkan bagi produk dengan penjenamaan Ultra96 dan diuji di bawah Program Pensijilan Kabel HDMI.

Dengan HDMI 2.2 dan Ultra96, pengguna dijamin pengalaman menonton yang lebih imersif dan berkualiti tinggi.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • China Perkenal ‘Meteor-1’, Cip Pengkomputeran Optik Berprestasi Tinggi, Rendah Tenaga
  • Filem F1 Guna Kamera Berasaskan iPhone 15 Pro

Sumber: HDMI in the News

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY