Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kabel Dasar Laut Putus, Pelanggan Awan Microsoft Terjejas

Kabel Dasar Laut Putus, Pelanggan Awan Microsoft Terjejas

Diterbitkan September 8, 2025 · Dikemas kini September 8, 2025 oleh ariff bukhari

Microsoft memaklumkan, servis awan mereka, Azure Cloud telah mengalami gangguan rangkaian trafik di Timur Tengah akibat daripada kerosakan kabel dasar laut di Laut Merah sejak Sabtu lalu.

Walau bagaimanapun, Microsoft tidak menjelas lanjut punca kerosakan, namun menegaskan trafik luar Timur Tengah tidak terjejas.

Organisasi pemantauan internet NetBlocks melaporkan beberapa negara termasuk India dan Pakistan turut terkesan.

Ketika ini terdapat kira-kira 1.4 juta km kabel gentian optik di dasar laut dunia, yang menghubungkan perkhidmatan penting seperti perdagangan, kewangan, kesihatan digital, dan pendidikan.

Dilaporkan, purata gangguan ini berlaku antara 150 hingga 200 kali berlaku di seluruh dunia dalam setahun dengan kebiasaannya berpunca daripada aktiviti perikanan, sauh kapal, kabel yang sudah berusia, atau kerosakan peralatan.

Namun, kebimbangan global semakin meningkat kerana sejak 2023, kumpulan Houthi Yaman menyerang kapal dagang di kawasan tersebut, menimbulkan risiko terhadap kabel komunikasi yang penting itu.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Daripada 5 Bank Digital, Hanya 2 Dilesenkan Bank Digital Islam Di Malaysia
  • Prestasi Modem iPhone 16e Didapati Lebih Stabil Berbanding iPhone 16 Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY