Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jualan Tesla Di EU Dilaporkan Menjunam 49% Dalam 2 Bulan Pertama 2025

Jualan Tesla Di EU Dilaporkan Menjunam 49% Dalam 2 Bulan Pertama 2025

Diterbitkan Mac 27, 2025 oleh ariff bukhari

Jualan Tesla di Kesatuan Eropah (EU) dilaporkan merosot 49% dalam bulan JanuariĀ  hingga Februari 2025 berbanding tempoh yang sama tahun lalu, menurut Persatuan Pengeluar Automobil Eropah (ACEA).

Kemerosotan itu didorong oleh beberapa faktor termasuklah penawaran model lama serta kemungkinan boikot pelanggan terhadap Elon Musk, yang kini merupakan menyokong Presiden AS, Donald Trump.

Beberapa pusat jualan Tesla di AS turut menjadi sasaran vandalisme, sementara harga saham syarikat itu jatuh mendadak.

Tesla hanya mencatat 19,046 pendaftaran baharu dalam dua bulan pertama 2025, menyusut ke 1.1% bahagian pasaran EU. Februari sahaja menyaksikan kejatuhan 47% kepada 11,743 unit.

Walaupun jualan keseluruhan kenderaan elektrik (EV) di EU meningkat 28.4% kepada 255,489 unit, permintaan masih belum cukup untuk mempercepat peralihan ke mobiliti tanpa emisi.

ACEA menegaskan perlunya insentif cukai dan pelaburan dalam stesen pengecasan bagi menyokong pertumbuhan EV.

Sementara itu, kenderaan hibrid-elektrik kekal sebagai segmen terbesar dengan 594,059 pendaftaran (35.2% pasaran), mengatasi petrol (29.1%) dan diesel (9.7%).

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Penyelidik Dedah Perbezaan & Kelebihan Utama Antara Bateri BYD Dan Tesla
  • Kuasa EV China, Pendapatan BYD Atasi Tesla

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 3 Dongle Audio Bawah RM60
  • Permohonan Gantian MyKad Kini Boleh Dibuat Melalui Aplikasi MyGOV
  • ECRL Tawar Diskaun 30% Tiket Ekonomi Selama Sebulan - Operasi Dijangka Bermula 12 Disember
  • Empat Ejen AI Gemini Berjaya Tamatkan Minecraft Selepas Mati 605 Kali
  • Awas, Malware LongKong Aktif Sasar Pengguna Android Malaysia, Mampu Curi Maklumat Perbankan
  • Had Money+ Kini Naik Ke RM30,000, Tawar Pulangan Sehingga 5% Setahun
  • Kerajaan Teliti Perluas Pengesahan Umur Kepada Platform Permainan Dalam Talian - Fahmi
  • AS Arah Agensi Kerajaan Henti Guna DeepSeek, Bimbang Data Sensitif Dipindahkan Ke China
©2026 WISER.MY