Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kuasa EV China, Pendapatan BYD Atasi Tesla

Kuasa EV China, Pendapatan BYD Atasi Tesla

Diterbitkan Mac 25, 2025 · Dikemas kini Mac 25, 2025 oleh Amsyar Latif

Pengeluar kereta elektrik China, BYD, mencatatkan lonjakan pendapatan 777.1 bilion yuan ($107.2 bilion) pada 2024, mengatasi Tesla yang memperoleh $97.7 bilion.

Syarikat yang berpangkalan di Shenzhen ini terus mengukuhkan dominasinya dalam pasaran EV China sambil mengembangkan sayap ke Eropah dengan model baharu serta teknologi pengecasan pantas yang mencabar jenama-jenama besar di benua itu.

Pendapatan BYD meningkat 29% berbanding tahun sebelumnya, manakala keuntungan bersihnya naik 34% kepada 40.3 bilion yuan, dengan rekod tertinggi 15 bilion yuan pada suku akhir tahun.

Kuasa EV China, Pendapatan BYD Atasi Tesla
Foto: AFP

Jualan kenderaan BYD juga melonjak lebih 40% kepada 4.3 juta unit pada 2024, dengan peningkatan jualan bulanan sebanyak 161% pada Februari—meninggalkan Tesla yang mengalami kejatuhan jualan pada tempoh sama.

Dalam perkembangan teknologi, BYD memperkenalkan Super e-Platform, bateri pengecasan pantas yang mampu mencapai 1,000 kilowatt, membolehkan kenderaan menempuh 470 km dengan hanya lima minit pengecasan—jauh mengatasi Tesla Superchargers yang hanya menawarkan 500 kilowatt.

Walau bagaimanapun, pengembangan global BYD berdepan cabaran geopolitik, termasuk siasatan EU terhadap subsidi kerajaan China dan kenaikan tarif AS ke atas produk China. Walaupun menghadapi tekanan politik dan perdagangan, BYD terus menunjukkan pertumbuhan yang luar biasa, sementara Tesla pula berdepan cabaran akibat kejatuhan keuntungan dan strategi politik CEO-nya, Elon Musk.

Berkaitan

  • BYD Perkenal Sistem Pengecas EV Baharu, 5 Minit Cas Beri Julat 400KM
  • BYD Perkenal Motor Elektrik Berprestasi Tinggi, Lebih Laju Dari Tesla Dan Xiaomi
  • Penyelidik Dedah Perbezaan & Kelebihan Utama Antara Bateri BYD Dan Tesla

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY