Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jualan Mi Band 4 Di Shopee Bermula Hari Ini Pada Harga RM149

Jualan Mi Band 4 Laku Macam “Pisang Goreng Panas”

Diterbitkan Jun 24, 2019 oleh Helmi Samsuri

Peranti boleh pakai keluaran Xiaomi, Mi Band 3 cukup diminati peminat diluar sana dan ia dapat dibuktikan menerusi laporan IDC untuk kalendar 2018, dimana syarikat China itu berada dikedudukan kedua dibawah Apple yang memasarkan Apple Watch.

Menurut laporan tersebut, penghantaran Mi Band 3 sepanjang 2018 telah mencecah angka 23.3 juta, menjadikan pegangan pasaran Xiaomi pada 13.5%. Kini sebagai penyambung, Mi Band 4 telah diperkenalkan dengan beberapa penambahbaikan berbanding edisi sebelumnya.

Mi Band 4: Paparan Berwarna Dengan Kuasa Bateri Yang Lebih Lama

Seperti yang dijangka, model baru ini mendapat sambutan hangat di pasaran China dimana sebanyak 1 juta unit telah terjual dalam tempoh 8 hari ia ditawarkan. Difahamkan juga, penghantaran Mi Band 4 dalam masa satu jam ada yang mencecah 5000 unit dan ia merupakan kadar paling tinggi dicapai Xiaomi bagi segmen peranti boleh pakai.

Jualan Mi Band 4 Laku Macam “Pisang Goreng Panas”
Imej | Weibo

Menawarkan ciri-ciri baik seperti paparan berwarna dan kuasa bateri lebih lama, Mi Band 4 menjadi tarikan utama pembeli adalah kerana tanda harganya yang cukup berpatutan.

Bagi peminat tempatan yang berminat untuk mendapatkan Mi Band 4, ia sudah mula dijual sejak 20 Jun lalu melalui Xiaomi Global Store di Shopee pada nilai RM 149.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Israel Didakwa Mengintip Pengguna Starlink Termasuk Malaysia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
©2026 WISER.MY