CMF, sub-jenama teknologi di bawah Nothing, secara rasminya mengumumkan bahawa siri pembesar suara mudah alih pertamanya, CMF Speaker S dan CMF Speaker M, kini boleh dipra tempah di Malaysia sebelum jualan rasminya bermula pada 3 November 2026.
Dijual pada harga RM259 untuk model Speaker S dan RM459 untuk Speaker M, siri pembesar audio baharu ini menggabungkan reka bentuk tersendiri seakan kotak susu dengan panel hadapan dan pemutar kawalan bunyi yang boleh ditukar.

Dari segi spesifikasi, CMF Speaker S tampil dalam saiz kompak dengan pemacu 45mm 10W RMS yang direka mudah dibawa.
Manakala CMF Speaker M menawarkan prestasi audio lebih mantap menerusi pemacu dwi-seni bina 35W yang dilengkapi pemacu bass (woofer) 25W.
Kedua-dua model disokong ketersambungan Bluetooth 6.0, NFC, penarafan kalis air serta debu IP68, dan ketahanan bateri sehingga 18 jam.
Ciri audio turut dipertingkatkan menerusi Stereo Mode, Auracast Party Mode, serta tetapan Ultra Bass melalui aplikasi Nothing X. Pratempah kini dibuka di platform e-dagang rasmi serta pengedar sah seluruh negara.
Beli barisan produk CMF dari stor rasmi:
- Shopee – https://invl.me/clo4pp7
- Lazada – https://invl.me/clo4ppe
