Jualan Mi Band 4 Di Shopee Bermula Hari Ini Pada Harga RM149

Penyambung kepada generasi terdahulu, Mi Band 4 tampil diperkenalkan seminggu yang lalu bersama sejumlah ciri yang ditambahbaik.



Disediakan dengan paparan berwarna, Mi Band 4 telah diumumkan nilai jualannya pada harga RM149 dan ia sudah mula ditawarkan di Shopee pada hari ini.



Bersempena dengan Shopee Men's Sale yang berlangsung dan tamat pada 23 Jun 2019 depan, pembeli akan menerima baucar RM5 tanpa had mininum belian. Ia hanya sah digunakan dalam tempoh sehingga yang dinyatakan dan hanya untuk pembelian di Xiaomi Global Store sahaja.

Secara ringkasnya, Mi Band 4 dipasang dengan paparan 0.96 inci dari jenis AMOLED, 39.95 lebih besar berbanding model sebelumnya. Mempunyai ciri kalis air dengan kedalaman menjangkau 164 kaki dan berupaya mengenalpasti gaya renang pengguna.

Sekali pengecasan penuh pula mampu menjangkau tempoh 20 hari serta dilengkapi dengan ciri pemantau degup jantung 24/7 dan beberapa ciri menarik lain.