Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6 Inci Tanpa Perlu Cermin Mata Khas

Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6 Inci Tanpa Perlu Cermin Mata Khas

Diterbitkan Oktober 28, 2026 · Dikemas kini Oktober 28, 2026 oleh ariff bukhari

Sony hari ini memperkenalkan teknologi yang dikenali sebagai Spatial Reality Display ELF-MN1, sebuah paparan 3D bersaiz 6 inci yang membolehkan pengguna menikmati kandungan tiga dimensi tanpa memerlukan cermin mata khas atau set kepala realiti maya.

Peranti baharu ini direka untuk membawa pengalaman visual spatial yang lebih praktikal dan mudah diakses dalam kegunaan harian.

Ia juga merupakan sebahagian daripada barisan perkakasan untuk suite penyelesaian kandungan spatial mereka, “XYN.” ™.

Menurut Sony, ELF-MN1 membolehkan pengguna melihat avatar digital, watak maya dan objek 3D seolah-olah berada di ruang sebenar di hadapan mereka.

Bagi menghasilkan kesan 3D tanpa cermin mata khas, ELF-MN1 menggunakan teknologi penjejakan mata yang digabungkan dengan sensor inframerah (IR) untuk mengesan kedudukan mata pengguna, termasuk dalam keadaan kurang cahaya.

Paparan kemudian menjana imej berbeza bagi mata kiri dan kanan secara masa nyata mengikut kedudukan pengguna, sekali gus menghasilkan kesan kedalaman yang menjadikan objek kelihatan seolah-olah berada di hadapan mereka.

Saiznya yang kecil menjadikannya sesuai digunakan di atas meja kerja, ruang kreatif atau sebagai medium interaksi dengan kandungan spatial.

Paparan ini boleh disambungkan kepada telefon pintar iOS dan Android serta komputer Windows yang serasi melalui kabel USB-C dengan sokongan DisplayPort Alternate Mode.

Bagi komuniti pembangun dan pencipta kandungan, Sony turut menyediakan SDK bagi membolehkan pembangunan aplikasi baharu yang memanfaatkan keupayaan paparan 3D tersebut.

Sebuah portal khas pembangunan juga disediakan bagi menyokong pertumbuhan ekosistem spatial syarikat itu.

Sony menjadualkan ELF-MN1 mula dijual di Jepun pada 11 Disember 2026, dengan anggaran harga sekitar 54,000 yen (~RM1,340) termasuk cukai. Bagaimanapun, harga jualan sebenar bergantung kepada peruncit, manakala ketersediaan dan harga rasmi untuk pasaran Malaysia masih belum diumumkan.

Berkaitan

  • Penyelidik Temui Cara Paparkan Hologram 3D Dari Skrin Telefon Pintar 
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
  • Sony Dilapor Tamatkan Pengeluaran Pemain UHD Blu-ray

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY