Omdia melaporkan, pasaran monitor OLED global dijangka mencatat pertumbuhan luar biasa pada tahun 2026 apabila penghantaran panel monitor OLED diunjurkan mencecah 6.1 juta unit, meningkat 79% berbanding tahun sebelumnya dengan pasaran diterajui monitor OLED dari jenama ASUS ,
Dalam kalangan pengeluar monitor, Omdia menjangkakan ASUS akan kekal sebagai pembeli panel OLED terbesar dunia dengan pegangan sekitar 23% daripada jumlah penghantaran global bagi tahun ini.

Sementara syarikat lain seperti MSI, Samsung, TPV, LG Electronics, Dell, Acer dan Lenovo terus memperluaskan penawaran monitor OLED mereka bagi memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat.
Menurut laporan itu, faktor penurunan harga, peningkatan kapasiti pengeluaran serta minat pengguna terhadap paparan berkualiti tinggi menjadi pemacu utama kepada permintaan yang semakin kukuh.

Pada masa sama, persaingan dalam rantaian bekalan OLED juga semakin sengit.
Selain Samsung Display dan LG Display, syarikat China, TCL China Star juga sedang memperkenalkan teknologi baharu paparan iaitu Inkjet Printed OLED (IJP OLED) yang dijangka memberi lebih banyak pilihan serta membantu menurunkan kos pengeluaran.
