Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jualan Merosot, Produksi EV Porsche Taycan Dilapor Bakal Hentikan

Jualan Merosot, Produksi EV Porsche Taycan Dilapor Bakal Hentikan

Diterbitkan Ogos 14, 2026 ยท Dikemas kini Ogos 14, 2026 oleh ariff bukhari

Pengeluar kereta sukan Jerman yang sedang berdepan kesukaran, Porsche, merancang untuk menghentikan pengeluaran Taycan, iaitu model elektrik sepenuhnya (fully electric) terunggul syarikat itu, menjelang tahun 2030 berikutan kemerosotan jualan yang berterusan, menurut satu laporan pada Khamis.

Syarikat pengeluar berkenaan mengumumkan pusingan balik utama terhadap rancangan kenderaan elektrik (EV) mereka pada tahun lalu berikutan permintaan yang lebih rendah daripada dijangkakan.

Ini sekali gus menambah cabaran sedia ada, merangkumi kejatuhan jualan di China sehinggalah sebilangan tarif AS yang membebankan.

Dilancarkan pada 2019, Taycan sepatutnya menjadi simbolik keterlibatan kumpulan yang berpangkalan di Stuttgart itu dalam peralihan besar-besaran daripada enjin pembakaran dalaman (combustion engine).

Taycan 1
Harga Porsche Taycan di Malaysia adalah dari RM775,000.

Namun, angka jualan terus merosot daripada hampir 41,000 unit pada 2023 kepada hanya 16,000 unit pada tahun lalu, dan sekadar 6,000 unit bagi separuh pertama tahun 2026.

Mingguan perniagaan Jerman, WirtschaftsWoche, melaporkan bahawa majlis pekerja Porsche, yang mewakili kepentingan kakitangan, telah bersetuju secara prinsip dengan pihak pengurusan untuk menamatkan pengeluaran Taycan.

 

“Syarikat telah membuat keputusan untuk menghentikan pengeluarannya secara berperingkat menjelang 2030,” kata majalah itu dengan memetik sumber syarikat.

Porsche bagaimanapun tidak memberi maklum balas terhadap permintaan komen daripada AFP.

Taycan merupakan salah satu daripada dua model elektrik sepenuhnya keluaran Porsche yang kini dijual di pasaran, selain SUV Macan Electric yang dilancarkan pada 2024.

Keseluruhan industri automotif Jerman, termasuk pengeluar utama seperti VW dan BMW serta pembekal mereka, kini berada dalam krisis tatkala berdepan permintaan longlai di Eropah, dasar perdagangan AS yang tidak menentu, permintaan hambar terhadap kenderaan elektrik, serta persaingan sengit daripada pengeluar syarikat China.

Keuntungan operasi Porsche merosot lebih 90 peratus pada tahun lalu dan syarikat berkenaan telah pun mengumumkan siri pengurangan tenaga kerja. – AFP

Berkaitan

  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • Ini Sebab Harga EV China Jauh Lebih Murah, Sukar Ditandingi Negara Lain
  • (Video) Zeekr Respon Selepas Insiden EV Terbakar Melibatkan Jenamanya Dilaporkan Berlaku Di China

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY