Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
BYD Lancar Kapal Pengangkut Kereta Terbesar Di Dunia, Boleh Bawa 9,200 EV

Ini Sebab Harga EV China Jauh Lebih Murah, Sukar Ditandingi Negara Lain

Diterbitkan Ogos 10, 2026 · Dikemas kini Ogos 10, 2026 oleh ariff bukhari

China kini muncul sebagai antara pusat pengeluaran kereta paling kompetitif dari segi kos di dunia, khususnya bagi kenderaan elektrik (EV).

Salah satu faktor terbesarnya ialah skala pengeluaran yang sangat besar.

Sesetengah kilang EV di China mampu menghasilkan lebih sejuta kenderaan setahun, jauh mengatasi kebanyakan kilang di negara lain.

Menurut laporan Global EV Outlook 2026, apabila pengeluaran dilakukan pada skala sebegini, kos tetap dapat diagihkan kepada lebih banyak kenderaan, sekali gus menurunkan kos bagi setiap unit.

Subsidi dan pembiayaan istimewa dari kerajaan turut memainkan peranan penting, terutama pada peringkat awal perkembangan industri EV China.

Ia telah membantu pengeluar meningkatkan kapasiti dan menurunkan harga.

Kuasa EV China, Pendapatan BYD Atasi Tesla
Pada 2025, 90% pembeli EV di China telah menikmati pengecualian cukai EV sebanyak 10% yang disokong kewangan kerajaan China.

Namun, menurut laporan itu, faktor ini sahaja tidak cukup untuk menjelaskan mengapa kos pengeluaran China kekal rendah.

Malah, kereta enjin pembakaran dalaman (ICE) yang dihasilkan di China juga sekitar 30% lebih murah untuk dihasilkan berbanding di Jerman.

Kos buruh di China pula dianggarkan tiga hingga lima kali lebih rendah berbanding kebanyakan ekonomi maju.

Screenshot 2026-08-10 155545

Kelebihan China menjadi lebih ketara apabila melibatkan EV kerana kos baterinya lebih rendah.

Syarikat China kini mendominasi pengeluaran global komponen bateri, sel dan pek bateri.

Lebih sedekad pengalaman dalam pengeluaran besar-besaran turut membolehkan mereka mengendalikan kilang automatik dengan lebih cekap.

Malah, kecekapan pembuatan sahaja menyumbang lebih 40% daripada jurang kos pengeluaran bateri antara China dan Eropah.

Penggunaan bateri lithium iron phosphate (LFP) secara meluas turut membantu kerana ia mengelakkan penggunaan bahan lebih mahal yang terdapat dalam bateri berasaskan nikel.

Ini Sebab Harga EV China Jauh Lebih Murah, Sukar Ditandingi Negara Lain
Carta di atas menunjukkan jualan EV global 2020-2026. Lebih daripada 13 juta EV telah dijual di China pada tahun 2025, mengekalkan kedudukannya sebagai pasaran EV terbesar di dunia, menyumbang enam daripada sepuluh kereta elektrik yang dijual di seluruh dunia.

Namun, laporan itu tetap menyatakan, kelebihan China bukan mustahil untuk dikejar.

Negara lain boleh merapatkan jurang dengan meningkatkan skala pengeluaran EV, membangunkan kluster industri khusus, memilih kimia bateri lebih murah dan meningkatkan pengalaman dalam pembuatan bateri.

Berkaitan

  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • UM & BMW Perkenal Stesen Pengecas Telefon Dari Bateri EV Terpakai
  • Tablet Android HONOR Kekal Jenama No.1 Di Malaysia 2 Tahun Berturut-Turut

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY