Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
(Video) Zeekr Respon Selepas Insiden EV Terbakar Melibatkan Jenamanya Dilaporkan Berlaku Di China

(Video) Zeekr Respon Selepas Insiden EV Terbakar Melibatkan Jenamanya Dilaporkan Berlaku Di China

Diterbitkan Ogos 11, 2026 ยท Dikemas kini Ogos 11, 2026 oleh ariff bukhari

Sebuah SUV elektrik melibatkan model Zeekr 7X dilaporkan terbakar secara tiba-tiba berhampiran sebuah stesen pengecasan di Ningbo, China.

Insiden yang berjaya dirakam menerusi kamera CCTV di stesen itu menunjukkan api marak dengan bunyi letupan kecil, asap tebal dan nyalaan besar.

Bagaimanapun, pasukan bomba yang tiba dengan pantas berjaya memadamkan kebakaran tanpa sebarang kecederaan dilaporkan.

Menariknya, kenderaan tersebut tidak sedang dicas ketika kejadian berlaku.

Sebelum api tercetus, bonet hadapan dilihat terbuka dan seseorang dipercayai sedang memeriksa bahagian enjin.

Hal ini telah menimbulkan persoalan tentang punca sebenar kebakaran.

Respon terhadap insiden itu, Zeekr telah mengeluarkan kenyataan rasmi dengan menjelaskan bahawa siasatan awal mendapati SUV tersebut pernah terlibat dalam kemalangan dan tidak diperiksa atau dibaiki di pusat servis rasmi.

Syarikat itu menekankan bahawa selepas perlanggaran, pemeriksaan menyeluruh terhadap bateri, sistem voltan tinggi dan struktur badan adalah penting.

Tanpa pemeriksaan ini, risiko keselamatan boleh meningkat.

Zeekr turut menasihatkan pembeli supaya berhati-hati ketika membeli kenderaan elektrik terpakai.

Rekod kemalangan dan pembaikan, khususnya melibatkan pek bateri dan sistem voltan tinggi, perlu disahkan terlebih dahulu.

Punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan, namun insiden ini menjadi peringatan jelas tentang kepentingan pemeriksaan keselamatan EV selepas kemalangan.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Ini Sebab Harga EV China Jauh Lebih Murah, Sukar Ditandingi Negara Lain
  • Puspakom Perkenal Teknologi Pemeriksaan Bawah Kenderaan Dipacu AI Pertama Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY