Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
honor magic 7_

Honor Masuki Pasaran Indonesia, Sasar Segmen Pertengahan Dan Premium Dikuasai Samsung Dan Apple

Diterbitkan Januari 7, 2025 ยท Dikemas kini Januari 7, 2025 oleh ariff bukhari

Pembuat telefon pintar China, Honor kini secara rasmi memasuki pasaran Indonesia untuk memanfaatkan potensi pertumbuhan di dalam negara keempat terpadat di dunia itu.

Honor, yang sebelum ini sebahagian daripada Huawei, merancang untuk melancarkan lebih 10 produk termasuk telefon pintar premium, komputer riba, tablet, dan peranti boleh pakai pada awal 2025, dengan sasaran segmen pertengahan hingga premium yang kini dikuasai Samsung dan Apple.

“Walaupun pasaran Indonesia kini masih 80% terpusat dalam membeli telefon kelas permulaan, ia mempunyai potensi berkembang yang ketara. Jumlah mutlak segmen pertengahan hingga premium boleh mencecah 5 juta unit setahun, yang terbesar di rantau ini, ” Justin Li, Presiden Honor Pasifik Selatan.

Untuk itu, Honor akan mematuhi keperluan kandungan tempatan melalui kerjasama dengan rakan pengilang di Indonesia.

Selain itu, ia akan membuka sejumlah 10 pusat pengalaman untuk meningkatkan perkhidmatan runcit.

Langkah Honor itu dilihat di tengah-tengah larangan Indonesia terhadap penjualan siri iPhone 16 Apple, ekoran kegagalan gergasi teknologi AS itu untuk memenuhi komitmennya terhadap pelaburan tempatan.

Namun begitu, Honor menyatakan bahawa kemasukan mereka ke dalam pasaran Indonesia tiada kaitan dengan isu penjualan iPhone di sana.

“Kemasukan kami ke dalam pasaran tidak berkaitan dengan Apple Indonesia [larangan jualan]. Kami mula merancang kemasukan ini jauh sebelum hal baru-baru ini. Tanpa mengira situasi Apple, strategi kami di Indonesia kekal tidak berubah,” kata Li.

Indonesia menjadi medan persaingan utama di Asia Tenggara, di mana pemain besar seperti Oppo, Xiaomi, Vivo, dan Samsung sudah bertapak lebih awal dengan Oppo mendominasi pasaran menurut data Canalys.

Namun, Honor melihat peluang besar di pasaran ini walaupun persaingannya yang sengit.

canalys indonesia 2024

Berkaitan

  • OPPO Terajui Pasaran Telefon Pintar Di Malaysia, Indonesia Dan Thailand, Pertama Kali Kuasai Asia Tenggara - Canalys
  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Apple Dan Google Terpaksa Buang 6 Aplikasi VPN Ini Dari Stor Mereka Di India
  • Dell Mudahkan Pengguna Pilih PC Dengan Perkenalkan Dell, Dell Pro Dan Dell Pro Max

Sumber: Nikkei Asia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
©2026 WISER.MY