Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
dashcam m1

APAD Sasar Wajibkan ‘Dashcam’ Dalam Bas Mulai Suku Pertama 2026

Diterbitkan Julai 21, 2025 · Dikemas kini Julai 21, 2025 oleh Amalina Athman

Pihak Berkuasa Pengangkutan Awam Darat (APAD) dalam proses mengemas kini garis panduan keselamatan, dengan sasaran untuk mewajibkan pemasangan kamera papan pemuka (dashcam) dalam bas bermula suku pertama 2026.

Perkara ini dinyatakan dalam Laporan Awal Pasukan Petugas Khas Kemalangan Bas Persiaran di Gerik yang diterbitkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) baru-baru ini.

APAD sedang dalam proses mengemaskini garis panduan keselamatan yang akan dimasukkan ke dalam Peraturan-Peraturan Pengangkutan Awam Darat (Pengurusan Keselamatan), di mana pemasangan dashcam dijangka diwajibkan mulai suku pertama tahun 2026.

Dalam perkembangan lain, Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Mohd Alifarihan Abdullah menerusi kenyataan kepada Malay Mail menyifatkan pemasangan dashcam dalam semua pengangkutan awam sebagai satu cadangan yang baik.

“Syarat lesen untuk kenderaan awam ketika ini hanyalah pemasangan GPS, sebab itu cadangan untuk mewajibkan dashcam adalah sesuatu yang baik. Namun buat masa ini, hanya GPS yang diwajibkan,” katanya semasa forum Public Roads Don’t Belong to Bicycle Gangs yang diadakan di Pantai Dalam.

Cadangan itu timbul susulan satu video tular yang menunjukkan sebuah bas perantara MRT dikatakan memandu terlalu dekat dengan sekumpulan penunggang basikal, sehingga mencetuskan sedikit ketegangan.

Berkaitan

  • MOT, KPDN Akan Bincang Haramkan Penjualan 'Dummy Buckle' - Loke
  • Bas, Kenderaan Berat Wajib Guna Peranti Kawalan Had Laju Mulai Tahun Depan - Loke
  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • JPJ Lanjutkan Tempoh Bayaran Saman Kadar Rata RM150

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY