Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
70mai Dash Cam A510 2

5 ‘Dashcam’ Terbaik Yang Diiktraf MIROS Untuk Kereta Anda

Diterbitkan Mei 23, 2024 · Dikemas kini Mei 31, 2024 oleh ariff bukhari

Jika anda sedang mencari kamera papan pemuka (dashcam) yang terbaik di pasaran ketika ini, apa kata anda merujuk dengan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) yang memberikan penarafan bintang CAMSCORE.

CAMSCORE adalah program penarafan bintang yang dibangunkan oleh MIROS dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia untuk produk dashcam yang dijual di Malaysia.

Fasa permulaan (Fasa 1) CAMSCORE menilai spesifikasi dashcam melalui tiga ciri, iaitu ciri asas, ciri termaju, dan ciri bantuan pemanduan ADAS.

Dengan program CAMSCORE, pengguna tidak hanya dapat mempelajari lebih lanjut tentang kualiti sesuatu dashcam, tetapi juga membantu mereka memastikan bahawa pembelian dashcam mereka adalah berbaloi dengan harga yang dibayar.

Jadi, berikut adalah status CAMSCORE terkini kamera dashcam di laman MIROS setakat 10 Mei 2024:

1. 70mai A810

70mai Dashcam A810 telah menerima pengiktirafan tertinggi 5 bintang dalam sistem penarafan CAMSCORE MIROS di mana ia mencapai skor tertinggi iaitu 4.69 mata.

70mai A810 menyokong rakaman video berkembar depan dan belakang beresolusi 4K dan 1080P (belakang) dengan menggunakan pengimbas Sony Starvis 2 IMX678.

70mai A810 4K Dash Cam Dual Vision Car Recorder with GPS ADAS

 

Ia juga dilengkapi pelbagai ciri premium seperti GPS terbina, mod parkir 24 jam, pengesan AI, pengesan perlanggaran dan monitor pada  masa sebenar melalui aplikasi.

70mai Dashcam A810 dijual dengan harga bermula RM729 yang boleh dibeli dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.io/cll64t7
  • Lazada – https://invol.co/cll64tl

2. Machtig X3

Dashcam buatan Korea ini pula di tangga kedua dalam sistem penarafan CAMSCORE MIROS di mana ia mencapai skor setinggi iaitu 4.38 mata dengan 4 bintang.

Machtig X3 ini dilengkapi ciri ADAS, GPS (external), pandangan malam, mod parkir automatik dan merakam video hadapan pada resolusi 1920 X 1080P (FHD) dan belakang  1280 X 720P (HD).

MACHTIG X3 by GNet

 

MACHTIG X3 ini berharga RM690 yang boleh dibeli dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.io/cll65bw
  • Lazada – https://invol.co/cll65cv

3. Gnet G-ONX

Dashcam ketiga yang menerima rating tertinggi dari sistem penarafan CAMSCORE MIROS adalah Gnet G-ONX dengan skor setinggi iaitu 4.24 mata dengan 4 bintang.

Gnet G-ONX

Dashcam kompak ini dilengkapi pengimbas Sony STARVIS yang memberikan rakaman terang dan jelas walaupun dalam keadaan cahaya yang kurang.

SONY STARVIS

Ia juga dilengkapi ciri ADAS, sudut pandang 140 darjah yang luas depan dan belakang, dan rakaman depan dan belakang pada resolusi 1920 X 1080 (FHD).

car 360

Gnet G-ONX dijual pada harga RM690 dan boleh dibeli dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.io/cll65fy
  • Lazada – https://invol.co/cll65g4

Selain daripada 3 yang di atas, anda juga boleh melihat 2 lagi model dashcam dari 70mai ini yang telah menerima pengiktirafan oleh CAMSCORE MIROS.

70mai A800s

70mai A800s

Dashcam ini dilengkapi pengimbas SONY IMX415 yang mampu merakam video pada resolusi 3840 X 2160 (4K) dan ciri-ciri lain termasuklah ADAS, GPS terbina dan mod pemantauan parkir.

70mai A800s ini berharga RM614 yang boleh dibeli dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.io/cll65jr
  • Lazada – https://invol.co/cll65jy

Berikut pula adalah panduan untuk anda perbandingan ciri, kelebihan dan kekurangan antara 70mai A800s berbanding 70mai A810 untuk memudahkan anda membuat pilihan:

70mai A800s vs 70mai A810
5 ‘Dashcam’ Terbaik Yang Diiktraf MIROS Untuk Kereta Anda

70mai A500s

Dashcam 70mai A500s ini adalah antara yang mampu milik di mana ia hanya berharga antara RM439 hingga RM579 tetapi kaya dengan pelbagai ciri utama seperti resolusi video 2592 X 1944, GPS terbina, ciri keselamatan ADAS, mod parkir dan rakaman jelas walaupun kurang pencahayaan.

5 ‘Dashcam’ Terbaik Yang Diiktraf MIROS Untuk Kereta Anda
5 ‘Dashcam’ Terbaik Yang Diiktraf MIROS Untuk Kereta Anda

70mai A500s boleh dibeli dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.io/cll65ov
  • Lazada – https://invol.co/cll65p0

{suggest}

Sumber: MIROS, Siaran media 70mai

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY