Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
aplikasi MyJPJ

JPJ Tambah Baik Sistem Bagi Paparan Status Kelayakan Peralihan Kelas B

Diterbitkan Oktober 5, 2024 ยท Dikemas kini Oktober 5, 2024 oleh Amalina Athman

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia hari ini memaklumkan bahawa terdapat kegelinciran bagi semakan status kelayakan Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B.

Sehubungan itu, pihaknya telah mengambil tindakan pembetulan dan penambahbaikan serta-merta.

JPJ menyarankan pemegang LMM Kelas B2/B1 yang sebelum ini menerima paparan mesej “Bukan Warganegara Malaysia adalah Tidak Layak”, untuk log keluar dan log masuk semula ke aplikasi MyJPJ bagi semakan semula status kelayakan pada bahagian “Semakan Kelayakan Program Khas Peralihan Kelas B”.

Di sisi yang lain, jabatan itu turut memaklumkan institut memandu terpilih telah menerima permintaan pendaftaran yang tinggi dan menasihatkan pemohon yang layak untuk tidak tergesa-gesa dalam urusan berkenaan. Ia berikutan program itu tidak mempunyai tempoh tamat yang tertentu dan tiada had masa.

Bagi menampung pendaftaran pemegang Kelas B2/B1 yang layak, JPJ juga akan melakukan kemas kini senarai institut memandu dari semasa ke semasa.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Aplikasi Suntingan Video Di Windows Ini, Ada AI Dan Percuma Je
  • Pemegang Lesen B2/B1 Kini Boleh Semak Kelayakan, Mohon Program Khas Peralihan Kelas B
  • Syarat Terkini Untuk Kelayakan Program Khas Peralihan Kelas B
  • Senarai Institut Memandu Tawar Program Khas Peralihan Kelas B

Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY