Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) kini sedang melaksanakan kerja-kerja menaik taraf sistem dan mengemas kini pangkalan data bagi meningkatkan kecekapan dan ketepatan rekod jabatan itu.
Berhubung isu tular di media sosial mengenai “saman lampau” atau saman yang telah diselesaikan, JPJ menjelaskan ia bukanlah saman yang “tiba-tiba diwujudkan semula”.
Sebaliknya, saman tersebut boleh kembali wujud di dalam sistem berikutan proses penyelarasan data, penguatkuasaan semula atau kewujudan rekod yang belum ditutup secara rasmi mengikut prosedur.
JPJ memberi jaminan bahawa setiap rekod saman adalah tertakluk kepada semakan sistem dan audit dalaman yang berterusan bagi memastikan integriti data sentiasa terpelihara.
Dalam pada itu, orang ramai turut dinasihatkan untuk berhati-hati, tidak terpengaruh dan tidak menyebarkan sebarang kenyataan yang mengelirukan.
Sebarang pertanyaan atau pengesahan lanjut berkaitan status saman boleh dikemukakan melalui saluran rasmi JPJ.
{suggest}
