Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
JPJ_Nov 2025

Pemilik, Pemandu Kenderaan Singapura Gagal Bayar Saman VEP Tak Dibenar Keluar Malaysia – JPJ

Diterbitkan November 3, 2025 · Dikemas kini November 3, 2025 oleh Amalina Athman

Berkuat kuasa 15 November 2025, pemilik atau pemandu kenderaan asing, khususnya dari Singapura, yang gagal memiliki atau mengaktifkan Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) tidak akan dibenarkan keluar dari Malaysia selagi belum menjelaskan bayaran saman.

Memetik laporan Bernama, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli berkata tindakan penguatkuasaan penuh itu melibatkan kenderaan persendirian individu serta kenderaan persendirian milik syarikat yang tiada VEP, tamat tempoh atau masih berstatus pradaftar.

Tindakan saman akan dibuat dan wajib membayar saman serta perlu mendaftar VEP sebelum keluar dari Malaysia. Ini bagi mengelakkan sebarang masalah di pintu keluar sempadan Malaysia-Singapura.

Bayaran saman boleh dibuat di kaunter pejabat JPJ, kaunter Mobile JPJ, kaunter pendaftaran VEP di Danga Bay atau secara dalam talian (myEG0.

Menurut Aedy Fadly, sebelum ini tindakan hanya melibatkan pengeluaran notis saman dan notis peringatan kepada pemandu atau pemilik kenderaan asing, namun kini tiba masanya untuk penguatkuasaan penuh dijalankan.

Jika sebelum ini operasi hanya tertumpu sekitar Johor, kini ia diperluaskan ke seluruh negara. Mana-mana kenderaan Singapura yang tidak mempunyai VEP dan ditahan di mana-mana lokasi di Malaysia akan dikenakan tindakan.

Beliau turut memaklumkan bahawa sejak penguatkuasaan VEP pada 1 Julai lalu, JPJ telah memeriksa 55,486 kenderaan dan mengeluarkan 4,028 kompaun terhadap pemilik yang tidak mempunyai VEP, dengan jumlah kompaun mencecah RM1.2 juta.

Gambar utama: Jabatan Pengangkutan Jalan

Berkaitan

  • Kenderaan Asing Dari Singapura Masuk Malaysia Wajib Pasang Tag VEP Bermula Oktober
  • Mulai 1 Julai, Kenderaan Singapura Tiada VEP Akan Dikenakan Saman RM300
  • Percubaan Sistem Imigresen NIISe Mulai 22 September - Bakal Gantikan Sistem Kod QR
  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY