Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
JPJ EV

JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Khas “EV” Untuk Kenderaan Elektrik

Diterbitkan September 9, 2024 · Dikemas kini September 9, 2024 oleh Amalina Athman

Seiring pelancaran rekaan plat khas baharu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini turut membuka bidaan bagi nombor plat khas “EV”.

Tidak seperti nombor plat yang lain, bidaan nombor pendaftaran khas yang bermula dengan indek “EV” ini hanya dikhaskan untuk kenderaan elektrik (EV) yang menggunakan elektrik sepenuhnya sahaja.

https://www.facebook.com/jabatanpengangkutanjalanmalaysia/posts/pfbid0aLzGsDSUZvRWuESJXAEnUrAqqNUkPDkUiRE65HS5TdWDfFXB94B2zrLtULotHEWyl

Tempoh bidaan dibuka melalui platform dalam talian JPJeBid selama lima hari, bermula 9 September hingga 13 September 2024, jam 10.00 malam. Sementara tarikh keputusan akan dikeluarkan keesokannya harinya, 14 September 2024.

Memetik laporan paultan.org, semua EV di Malaysia kelak akan menggunakan plat EV, yang akan diikuti oleh EVA, EVB dan sebagainya.

Bagi mengelakkan kekeliruan, perlu diketahui bahawa bidaan plat “EV” hanya melibatkan nombor plat itu sendiri. Sementara JPJePlate merupakan rekaan plat baharu, yang ketika ini hanya dilancarkan untuk FEV terlebih dahulu, sebelum diperluaskan kepada kenderaan lain kelak.

Berkaitan

  • Aplikasi MyJPJ Kini Sokong Pembayaran FPX Untuk Pembaharuan Lesen, Ini Caranya
  • Kini Anda Boleh Semak Geran Kenderaan Terus Di Aplikasi MyJPJ
  • JPJ Ganti Kamera AwAS Baharu Secara Berfasa
  • Kerajaan Lancar Rekaan Plat Khas Baharu - JPJePlate

Sumber: paultan.org

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY