Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
JPJePlate_pendakwah teknologi

Kerajaan Lancar Rekaan Plat Khas Baharu – JPJePlate

Diterbitkan September 9, 2024 · Dikemas kini September 9, 2024 oleh Amalina Athman

Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) secara rasmi melancarkan rekaan plat khas baharu, iaitu JPJePlate.

Menurut JPJ, plat nombor ini direka khas di bawah inisiatif MOT melalui jabatan itu untuk merevolusikan industri pengangkutan. Ia bertujuan bagi menyeragamkan reka bentuk nombor plat kepada semua kenderaan motor dan meningkatkan keselamatan di jalan raya.

JPJePlate_kredit Pendakwah Teknologi 1
Kredit: Pendakwah Teknologi
JPJePlate_kredit Pendakwah Teknologi 2
Kredit: Pendakwah Teknologi

Untuk fasa pertama, pelaksanaan pengguna plat nombor JPJePlate akan melibatkan Kenderaan Motor Tiada Pelepasan Gas Pencemaran (FEV). Sementara pelaksanaan seterusnya yang akan diperluaskan kepada jenis kenderaan lain, akan dimaklumkan kemudian.

Kerajaan Lancar Rekaan Plat Khas Baharu – JPJePlate

Ia dijual pada harga RM98/set, dengan masing-masing mengandungi satu plat hadapan dan belakang kenderaan, pelekat RFID cermin depan serta termasuk penghantaran standard ke pusat pemasangan yang sah.

Dari segi ketersediaan, JPJePlate sudah pun boleh dibeli oleh OEM dan pengedar kereta bermula hari ini, 9 September 2024. Bermakna, JPJePlate akan dilaksanakan secara automatik kepada kereta FEV yang dibeli selepas 9 September 2024.

Bagi pemilik EV sedia ada, pembelian JPJePlate baharu boleh dibuat mulai 9 November 2024. Plat ini akan dihantar ke pusat pemasangan yang diberi kuasa untuk pemasangan. Untuk selanjutnya, layari portal rasmi JPJePlate.

Berkaitan

  • Kerajaan Akan Perkenal Bingkai Plat Khas Untuk ZEV
  • Kini Anda Boleh Semak Geran Kenderaan Terus Di Aplikasi MyJPJ
  • JPJ Ganti Kamera AwAS Baharu Secara Berfasa
  • Aplikasi MyJPJ Rekod Lebih RM28 Juta Transaksi Dalam Tempoh Sebulan

Sumber: JPJePlate

Gambar utama: Pendakwah Teknologi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY