Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
joi intel core ultra

PC Baru JOI Dengan Core Ultra Series 2 Kini Dijual Serendah RM5,899

Diterbitkan Jun 24, 2025 · Dikemas kini Jun 25, 2025 oleh Amsyar Latif

JOI kini memperkenalkan siri Work Ultra PC baharu yang direka khas untuk pengguna profesional, pencipta kandungan, dan usahawan moden.

Dikuasakan oleh pemproses Intel® Core™ Ultra (Series 2), siri ini menawarkan prestasi tinggi untuk tugasan berat, penyuntingan, rendering, dan aplikasi berasaskan AI.

Siri ini hadir dalam tiga pilihan spesifikasi untuk memenuhi keperluan dan bajet berbeza:

JOI Work Ultra PC 9490

  • Intel® Core™ Ultra 9-285K, 32GB RAM, 2TB SSD, GeForce RTX™ 5080 16GB
  • Harga promosi: RM14,299 (harga asal RM15,999)

JOI Work Ultra PC 7170

  • Intel® Core™ Ultra 7-265K/KF, 32GB RAM, 1TB SSD, GeForce RTX™ 5070 12GB
  • Harga promosi: RM8,099 (harga asal RM9,099)

JOI Work Ultra PC 5140

  • Intel® Core™ Ultra 5-245K/KF, 16GB RAM, 1TB SSD, GeForce RTX™ 5060 Ti 8GB
  • Harga promosi: RM5,899 (harga asal RM6,899)

Setiap model direka untuk menyokong aliran kerja berprestasi tinggi seperti AI generatif, pemprosesan dataset besar, dan multitugas profesional.

photo_2025-06-23 17.37.14
photo_2025-06-23 17.37.15
photo_2025-06-23 17.37.17

Ia turut dilengkapi kad grafik GeForce RTX serta sokongan memori dan storan berkapasiti tinggi.

Sebagai sebahagian daripada promosi terhad hingga 28 Jun 2025, pembeli akan menerima e-baucar GrabFood bernilai RM100, dan boleh menambah lesen Windows 11 Pro (RM649) atau Home (RM549) pada harga diskaun.

Sementara tawaran harga lain sah sehingga 15 Julai.

Siri ini kini boleh didapati di GLOO Hyperstore Queensbay Mall, serta dalam talian melalui laman GLOO dan iTworld.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY