Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Johor Bina Jalan Raya Dengan Laluan Untuk Hidupan Liar

Johor Bina Jalan Raya Dengan Laluan Untuk Hidupan Liar

Diterbitkan September 11, 2025 oleh ariff bukhari

Kerajaan Negeri Johor bakal membina laluan lintasan hidupan liar pertama di negeri itu, terletak di jalan utama FT50 yang menghubungkan Kahang, Kluang dan Mersing.

Projek ini bertujuan memastikan keselamatan pengguna jalan raya serta melindungi hidupan liar yang mendiami kawasan hutan di sekitarnya.

Laluan tersebut berada di zon penting Central Forest Spine (CFS), iaitu koridor ekologi yang menghubungkan Hutan Simpan Labis hingga ke Mersing serta Hutan Simpan Panti di Kota Tinggi.

Laluan lintasan dengan panjang keseluruah 1.275 kilometer ini termasuklah sebuah jejambat sepanjang 200 meter dengan ketinggian lapan meter.

Johor Bina Jalan Raya Dengan Laluan Untuk Hidupan Liar

Di bawah jejambat itu, tumbuhan khas akan ditanam bagi menarik dan membimbing hidupan liar menyeberangi jalan dengan selamat.

Projek yang dijangka siap pada Februari 2028 ini menelan kos sebanyak RM66 juta, meliputi kajian awal, pembelian tanah, kajian geologi, reka bentuk, pemindahan infrastruktur, pembinaan jalan sementara dan pembinaan jejambat.

Kerajaan Negeri Johor menegaskan komitmennya untuk terus melaksanakan pelbagai projek pemuliharaan alam sekitar demi mengekalkan keseimbangan ekosistem semula jadi, walaupun negeri ini sedang pesat membangun dari segi ekonomi.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Jangan Bazirkan Sumber Tenaga AI
  • TNB Bukit Selambau Solar (TBSS), Ladang Solar Terbesar Di Malaysia

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Galak Guna Aplikasi Navigasi TuJu Sebagai Alternatif Waze
  • 3 Dongle Audio Bawah RM60
  • Permohonan Gantian MyKad Kini Boleh Dibuat Melalui Aplikasi MyGOV
  • ECRL Tawar Diskaun 30% Tiket Ekonomi Selama Sebulan - Operasi Dijangka Bermula 12 Disember
  • Empat Ejen AI Gemini Berjaya Tamatkan Minecraft Selepas Mati 605 Kali
  • Awas, Malware LongKong Aktif Sasar Pengguna Android Malaysia, Mampu Curi Maklumat Perbankan
  • Had Money+ Kini Naik Ke RM30,000, Tawar Pulangan Sehingga 5% Setahun
  • Kerajaan Teliti Perluas Pengesahan Umur Kepada Platform Permainan Dalam Talian - Fahmi
©2026 WISER.MY