Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
LPDDR5

Jika Mahu Peranti Dengan RAM LPDDR5, Tunggu Tahun Hadapan – Pengurus Besar Redmi

Diterbitkan Disember 12, 2019 oleh Helmi Samsuri

Sub jenama Xiaomi, Redmi baru sahaja melancarkan model pengganti Redmi K20 dua hari yang lalu. Dikenali sebagai Redmi K30, ia disediakan dengan dua variasi sokongan iaitu 4G serta 5G. Diperlengkapkan dengan sejumlah spesifikasi terbaik, sesetengah peminat mungkinĀ  ada yang mempersoalkan tentang memori RAM Redmi K30.

Keluaran terbaru dari Redmi ini tampil denganĀ  RAM LPDDR4x (Low Power Double Data Rate) berkapasiti sehingga 8GB. Menurut pengurus besar Redmi, Lu Weibing, beliau menyatakan peminat perlu menanti sehingga suku pertama tahun 2020 untuk menikmati RAM LPDDR5 pada peranti. Weibing turut menambah bahawa LPDDR4X tidak lagi dilihat sebagai spesifikasi flagship dalam era 5G akan datang.

lpddr5

Untuk pengetahuan, Redmi K30 5G hanya akan berada dipasaran sekitar penghujung Januari depan dan semestinya bermula di China dahulu. Namun begitu, ia mungkin tidak didatangkan dengan LPDDR 5 oleh kerana Snapdragon 765G hanya menyokong LPDDR4x. Dijangkan peranti terawal menggunakan LPDDR 5 adalah Mi 10 serta siri Galaxy S11.

Imbas kembali pada tahun lalu, Samsung mengumumkan LPPDR5 yang ditujukan kepada sokongan aplikasi sambungan 5G serta AI. Menyusul pada Julai tahun ini, pengeluar Korea Selatan itu juga telah mula menghasilkan LPDDR5 12GB secara besar-besaran. Jika dibandingkan dengan LPDDR4x, teknologi generasi kelima ini memberi peningkatan kelajuan pemindahan data sehingga 50% dan 30% lebih rendah penggunaan kuasa. Selain daripada telefon pintar, LPDDR5 juga bakal digunapakai pada platform perkomputeran awan, kereta pandu sendiri serta sistem realiti terimbuh. Buat masa sekarang, dua cip pemproses yang menyokong LPDDR5 adalah Exynos 990 dan Snapdragon 865.

Sumber: GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY