Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
JETOUR T2 Dilancar Di Malaysia, SUV Mewah Hanya Berharga RM156,800

JETOUR T2 Dilancar Di Malaysia, SUV Mewah Hanya Berharga RM156,800

Diterbitkan Mac 16, 2026 ยท Dikemas kini Mac 16, 2026 oleh ariff bukhari

JETOUR Malaysia mengukuhkan lagi jenamanya di pasaran tempatan dengan melancarkan SUV baharu JETOUR T2.

Dikuasakan enjin 2.0L TGDi dengan 180kW kuasa dan 375Nm tork, T2 dipadankan dengan transmisi 7DCT serta sistem Intelligent XWD dengan mod pemanduan 7+X untuk pelbagai keadaan permukaan jalan.

Reka bentuknya menonjol dengan menampilkan lampu LED automatik, rim aloi 19 inci, serta tayar simpanan belakang yang menyerlahkan karakter pengembaraan.

Jetour T2 KV

Kabin pula dilengkapi paparan multimedia 15.6 inci dengan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, sistem audio SONY 12 pembesar suara, tempat duduk leatherette berpengudaraan, pencahayaan ambien, dan bumbung suria panoramik.

Centre Fascia 1
Gear Knob

Keselamatan diperkukuh dengan penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP, enam beg udara, ADAS Tahap 2, serta sistem pemantauan 360 darjah.

Ditawarkan pada harga RM156,800, JETOUR T2 hadir dengan jaminan selama 10 tahun atau sehingga 1,000,000 km untuk rangkaian kuasa dan rebat tunai RM2,000 untuk 3,000 pembeli pertama.

Maklumat lanjut mengenai JETOUR T2 boleh didapati dengan layari Jetour T2 – The Ultimate Adventure SUV in Malaysia.

Berkaitan

  • Zeekr 9X Dilancar, SUV EV Dengan Teknologi Pemanduan Autonomi L3
  • BYD Atto 2 Rasmi RM100 Ribu, SUV Elektrik Kompak Dengan Julat Sehingga 410 Km
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY