Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
BYD ATTO 2

BYD Atto 2 Rasmi RM100 Ribu, SUV Elektrik Kompak Dengan Julat Sehingga 410 Km

Diterbitkan Julai 24, 2025 · Dikemas kini Julai 24, 2025 oleh ariff bukhari

BYD Sime Motors hari ini secara rasmi telah melancarkan EV terbaru untuk pasaran Malaysia dengan memperkenalkan BYD ATTO 2, SUV kompak elektrik yang ditawarkan pada harga RM100,000.

BYD ATTO 2

Menyasarkan pengguna di bandar, BYD ATTO 2 dipacu motor elektrik 130kW yang menghasilkan tork setinggi 290nm yang mampu memcut dari 0 hingga 100km/j hanya dalam masa 7.9 saat.

Dilengkapi dengan bateri bilah 51.13kWh, BYD ATTO 2 mampu memberikan julat perjalanan sejauh 410km.

Untuk sistem info hiburannya pula, ia tersedia menyokong Apple CarPlay dan Android Auto secara sambungan wayar dan tanpa wayar.

BYD ATTO 2 ditawar dalam pilihan warna Ski White, Breeze Green dan Harbour Grey yang dipadakan dengan ruang dalaman semua berwarna hitam.

BYD ATTO 2
BYD ATTO 2
BYD ATTO 2

Untuk 800 pelanggan pertama, BYD ATTO 2 ditawar dengan pakej pemilikan mudah bernilai sehingga RM13,500 di mana bayaran ansuran RM0 untuk 6 bulan pertama (eksklusif bersama Bank Panel Sime Motors).

BYD ATTO 2
BYD ATTO 2
BYD ATTO 2
BYD ATTO 2

Pengecas dinding untuk rumah landed diberi secara percuma.

Manakala penghuni kediaman bertingkat pula diberi pakej Sime Platinum 4+ oleh Power Up.

Pakej itu meliputi program langganan selama 12 bulan, 4 x pengecasan mudah alih dari pintu ke pintu setiap bulan, 2x cucian kereta setiap bulan dan 2x perkhidmatan penyelamat EV percuma setahun.

WhatsApp Image 2025-07-24 at 12.04.46 (1)

Pakej pemilikan BYD ATTO 2 juga menawarkan waranti untuk kenderaan sehingga 6 tahun atau 150,000km, waranti ke atas bateri bilah sehingga 8 tahun atau 160,000 km dan waranti unit pacuan sehingga 8 tahun atau 150,000 km.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • AppleCare One Diperkenal, Pelan Perlindungan Baru Untuk Semua Peranti Apple
  • Acer Swift Edge 14 AI Dilancar, Komputer Riba Ultra Ringan Berharga RM7,999

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY